Monday, December 20, 2010

Ar-Rahnu Bukan Lagi Untuk Yang Kesempitan Wang

Pagi ini saya terdengar berita di radio pasal kerajaan Malaysia bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan Ar-Rahnu di seluruh Malaysia. Kurang jelas dengan berita yang saya dengar, saya terus 'Google' untuk info lebih lanjut. Saya ketemuinya di http://www.bernama.com/ :
SINTOK, Dec 19 (Bernama) - Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said that the government was targeting to set up Ar Rahnu branches which would be managed by Yapeim in all parliamentary constituencies by 2015.
Ar-Rahnu is an Islamic pawn broking business. Currently there were 100 Ar-Rahnu branches nationwide and they not only attracted Muslims, but non-Muslim traders.


Kenapa berita ini menarik minat saya? Ar-Rahnu menawarkan perkhidmatan gadaian , apa yang anda boleh GADAI???? Cuma EMAS kan? Kalau di semua kawasan Parlimen, berapa banyak tu ?? Pada tahun 2015, semua kawasan Parlimen di jangka ada Ar Rahnu, maknanya beroperasi sepenuhnya kan??

Sedarkah anda Fenomena yang dapat dirumuskan di sini ?

1. EMAS telah diterima sebagai 1 Mekanisma Pelaburan
2. EMAS dan GADAIAN adalah 1 alternatif Pembiayaan Kredit (Islamic)
3. Orang Bukan Islam Turut Berminat, Orang Islam kenapa lepaskan peluang
4. Yand Pasti.. Kerajaan Kita secara Tidak Langsung Mengiakan SISTEM GADAIAN EMAS dan seterusnya TIDAK MENIDAKKAN PELABURAN EMAS sebagai pelaburan yang MENGUNTUNGKAN..

Beli dan miliki emas sekarang sementara harga nya masih rendah.
Hubungi saya,
ZAMRY 019-986 4491.

Saturday, December 18, 2010

Mesin ATM Emas?


Urusan jual beli emas sentiasa rancak walaupun saya berada di luar Malaysia seminggu yang lalu. Tinjauan saya di kedai emas di sekitar Solo, Indonesia mendapati tumpuan penduduk di sana terhadap emas adalah sukar dipercayai.. kedai emas nya PENUH...

Setelah diselidiki kami dimaklumkan bahawa mereka membeli EMAS untuk tujuan pelaburan. Ada banyak kebenarannya di situ kerana muka bumi Indonesia agak kurang stabil kalau beli tanah, mungkin hari ni ada nilai.. esok lusa kena gunung berapi ke... gempa bumi ke.. hartanah pun akan mengalami nasib yang sama. Simpan duit di bank ?? Mmm.. kita perlukan keyakinan yang tinggi kepada mana2 intitusi kewangan untuk kita serahkan duit kita untuk di simpan.

Yang pasti.. ramai yang akan menyimpan dalam bentuk EMAS bila mana kepercayaan kita kepada nilai mata wang (yg hanya kertas semata) semakin merosot. RM1 kita memberi nilai 2,800 Rupiah. Saya ke sana menjadi jutawan.. tapi benar kah begitu??

Beberapa bandar/negara seperti ABU Dhabi, German, Itali, Spain mula memperkenalkan ATM yang mengeluarkan Kepingan /Syiling Emas... wow.. Negara maju/kaya mempercayai keutuhan emas sebagai pelaburan dan lambang kekayaan sebenar. Bukan kah itu sudah cukup memberikan petanda supaya kita turut beli dan miliki emas?? Apakah yang baik diwarisi.. US Dollar 1,000 atau Public Gold 20g Bar ? Bagaimana jika US mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa 5 tahun akan datang?

Buatlah keputusan yang bijak, hubungi Zamry 019-986 4491 untuk tempahan /pertanyaan /keterangan lanjut.

Thursday, December 2, 2010

MINYAK NAIK LAGI... BARANGAN LAIN???

Salam penuh kemesraan dalam keceriaan dari saya.. walaupun berduka kerana harga Ron97 naik lagi tapi masih mampu tersenyum lebar kerana harga emas juga naik. Tika dan saat ini 20g RM3170 dan 1 Dinar RM655. Anda pula bagaimana ? Adakah kedukaan anda kerana kenaikan harga barangan terubat? Kenaikan harga barangan akan lebih kita rasai nanti apabila membuat persiapan persekolahan anak-anak kelak. Beli Emas dan Miliki Emas akan dapat melindungi anda dari terus terhimpit dengan kenaikan harga kerana apabila harga barangan meningkat harga emas turut juga meningkat.


Kalau anda makan gaji seperti saya, kenaikan harga akan lebih menjejaskan ekonomi keluarga kerana kita tiada kuasa untuk menaikkan gaji. Berlainan dengan para peniaga, 'businessman' yang boleh menaikkan harga barangan yang mereka jual untuk menunjukkan kesan langsung dari kenaikkan harga kos mereka.


Saya akan tinggalkan anda untuk berfikir, mengkaji dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan keluarga anda kerana 'KEDUDUKAN ANDA DI MASA HADAPAN ADALAH DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN ANDA SEKARANG" . Oleh itu buatlah keputusan yang bijak dan tepat.


Saya akan berada di LUAR NEGARA dari 4hb-10hb Disember 2010, segala urusan boleh dibuat melalui SMS ke 019-9894491 ataupun anda boleh gunakan masa ini untuk berfikir dan kita boleh bincang -bincang bila saya kembali. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah Semoga Hijrah kita Kali ini membawa lebih keberkatan. Amin. Wassalam.

Wednesday, November 24, 2010

RANCANG PELABURAN : BELI EMAS SIMPAN EMAS


37 hari sahaja lagi 2010 bakal meninggalkan kita dan 2011 akan tiba tidak lama lagi. Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya miliki emas pelaburan pertama saya. December merupakan bulan terakhir untuk kita buat perkiraan pencapaian 2010 dan merancang perjalanan 2011.

PeNCaPaiaN 2010

PERTAMA >> Bagi saya, alhamdullillah 2010 mencatatkan beberapa pencapaian serta peningkatan yang membanggakan. Pencapaian yang paling menyeronokkan adalah bila saya berjaya mengawal pengaliran tunai dengan lebih baik. Ada orang kata tunai ni macam AIR yang Mengalir... Duit Masuk.. mesti ada time kita Belanjakan.. tapi kalau tak ada duit.. kita boleh meneruskan kesinambungan hidup sepertimana biasa boleh makan pakai seadanya pun sudah memadai. Macam mana saya disiplinkan diri ?? BELI EMAS dan SIMPAN EMAS.. Nak belanjakan tidak semudah keluarkan duit di ATM, yang paling bestnya bila kita ada EMAS, berharta lah tu tapi kita tak merasakan yang kita banyak duit, jadinya keinginan untuk berbelanja tu kurang.

KEDUA >> 2010 jugalah saya menjadi DEALER PublicGold bermodalkan RM20K semasa tawaran sepertimana sekarang. Masa tu tiada niat nak berurusniaga pun, rancang untuk beli sendiri dengan harga rendah sedikit sebab dapat 1.5% komisen. Tup..tup.. ada yang berminat nak beli.. sebab JUAL EMAS tidak lah sesukar digambarkan kerana EMAS tetap EMAS, tidak dapat dilabelkan EMAS syarikat A lebih baik dari Syarikat B, yang dipromosikan hanyalah rekaan, perkhidmatan tapi EMAS itu telah ada nilai sendiri. Contohnya Gula, dah tentu manis..kalu masin jadinya garam..harga pun tetap, orang beli gula semua nak yang maniskan.. syarikat tak penting.

Sekiranya berminat nak Beli Emas, kumpul2 duit, share dengan suami/isteri, adik/beradik, dapat RM20K BELI EMAS dan Terus Daftar jadi DEALER. Lepas ni kalau tak mahu berurusniaga pun tak apa, kalu ada urusniaga lagi bagus dapat lah komisen 1.5%. Hubungi saya Zamri 019-986 4491 SEGERA kerana tawaran RM20K akan tamat penghujung tahun ini.
KETIGA >> Berapa simpanan emas semasa saya? :-) Mmm belum mencapai target 1KG lagi. Bak kata pepatah dulu dulu " Sikit sikit lama lama jadi bukit " .
Pepatah sekarang " Gram, gram dulu lama lama jadi KILO " . . Insyallah..

Wednesday, November 10, 2010

BELI EMAS SEKARANG ! HARGA BAKAL NAIK SECARA MENDADAK

Saya rasa tidak perlu lagi saya jelaskan tentang kebaikan membeli emas dan menyimpan dalam bentuk pelaburan emas. Majoriti akan mengiakan kenaikan harga emas dan tidak ada yang mengeluh rugi membeli emas.

Saya tergerak hati untuk terus menggesa rakan taulan/ sahabat handai untuk menyegerakan pembelian emas setelah terpandang news banner di Bulletin 1.30 hari ini (10 Nov 2010). "Habib Jewels menganggarkan harga emas akan naik kepada USD2,000 dalam tempoh masa dua tahun". Bayangkan lah sekiranya anda membeli sekarang pada harga emas dunia berharga USD1,400++. Tak perlu rasanya saya membuat pengiraan terperinci kerana :

1. Walaupun anda akan membeli dalam RM, sudah semestinya kenaikkan dlm USD turut merujuk kepada kenaikan harga dalam RM.

2. Peningkatan USD pun sebanyak ++USD 600, RM sudah semestinya lebih banyak lagikan???

Melalui post terdahulu, saya telah nyatakan harga EMAS ini ada hubungkait dengan INFLASI. Berkemungkinan 2 tahun lagi kadar inflasi akan turut meningkat. RM10 mungkin mempunyai nilaian sebenar RM1 je. Minggu lepas saya ke bank untuk keluarkan wang, pihak bank dah mula bagi wang kertas RM100. Sekarang RM100 lebih banyak digunakan dan mungkin nilaian sebenarnya bakal setara dengan RM50 sekarang.

Barangan apa yang kita perlukan tak pernah naik-naik harga nya????

Jadi sekiranya anda berminat/berhajat untuk beli emas hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491. Anda perlukan RM serendah RM650++ untuk miliki 1 DINAR. Kalau tidak mencukupi tapi masih berminat sila hubungi saya untuk cadangan dan nasihat. Tidak boleh tunggu untuk duit anda mencukupi kerana apabila duit anda cukup harga emas mungkin telah naik.

Thursday, November 4, 2010

3 SEBAB UTAMA BELI DAN MILIKI EMAS

Emas adalah matawang universal. Diterima dan disahlaku di mana-mana destinasi di dunia. Emas dihasilkan dengan tujuan utama untuk manusia menambah simpanan dalam bentuk harta benda. Berlainan dengan hasil galian yang lain seperti minyak dan arang batu yang dihasilkan untuk penggunaan, makin dicari ianya makin lama akan makin kehabisan. Sebaliknya, bagi emas makin manusia mencarigali emas, maka makin ramai manusia akan memilikinya sebagai simbol kekayaan.

Berbeza juga dengan komoditi yang lain, EMAS sukar untuk BINASA, TERCEMAR mahupun BERKARAT, jauh sekali SUSUT dari segi kualitinya. Emas yang dilombong beratus-ratus tahun dahulu tiada bezanya daripada emas yang baru dilombong. Begitu juga emas yang di lombong di Malaysia tidak dibezakan dengan emas dari negara-negara yang lain. Yang menjadi faktor penilaian kualiti adalah kejituan emas dan beratnya.


Blanchard Economic Research Unit menyenaraikan 6 sebab UTAMA untuk kita MILIKI EMAS. Antaranya:

PERTAMA : Gold - hedge against inflation


Faktor yang paling konsisten yang mempengaruhi Harga Emas adalah Inflasi. Peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan peningkatan secara langsung HARGA EMAS. Oleh itu sekiranya kita beli dan menyimpan kekayaan kita dalam bentuk EMAS kita akan dilindungi (hedge) serta terhindar dari kesan inflasi yang semakin meningkat.


Walaupun tidak dapat dilihat secara langsung namun kenaikan harga emas dapat dijangka dari kenaikan harga minyak. Ini mungkin adalah kerana minyak juga merupakan komoditi yang diperlukan seluruh dunia. Pada tahun 1972 dan 1974 harga minyak meningkat sebanyak 325% (dari $2.44 kpd $10.36). Pada masa yang sama harga emas turut meningkat sebanyak 268%. Pada tahun 1978 dan 1980 apabila harga minyak meningkat sebanyak 105%, harga emas secara puratanya turut meningkat sebanyak 254%.



KEDUA : Gold - hedge against a declining Dollar

Emas diniagakan di pasaran dunia dengan US Dollar begitu juga dengan komoditi2 lain yang diniagakan dengan tukaran US Dollar. Sewajarnya, kemerosotan nilai DOLLAR akan menyebabkan kenaikan harga EMAS. US Dollar merupakan matawang untuk hampir kesemua urusniaga antarabangsa, matawang rezab dunia dan semua nilaian komoditi dan ekuiti dinilai menggunakan US Dollar.


Namun semenjak pengeluaran US Dollar tidak lagi disandarkan dengan nilai emas, matawang ini tidak lain tidak bukan hanyalah KERTAS SEMATA-MATA. Krisis ekonomi US akan menjejaskan matawang negara dominan ini. Miliki emas dapat membendung kita dari mengalami kejatuhan matawang di masa hadapan. Lagipun kalu US Dollar dah tak laku, kita nak pergi oversea nak bawa mata wang apa? Bawa emas le... Mana boleh bawa TANAH atau HARTANAH untuk buat pertukaran.. Beli sekarang lah sebab US Dollar makin lemah dan harga emas bakal meningkat lebih tinggi. Hubungi ZAMRI 019-9864491


KETIGA :Gold as a Safe Haven


Disebalik US sebagai satu kuasa besar dunia, pelbagai krisis wujud di seluruh dunia. Peperangan, kemiskinan dan yang terkini pelbagai bencana alam yang melanda tanpa sebarang amaran mahupun jangkaan. Emas dikenali sebagai 'Crisis commodity' kerana pelaburan emas akan meningkat melepasi pelaburan-pelaburan lain dalam menghadapi situasi krisis.


Kegawatan ekonomi sepertimana dialami Malaysia menyebabkan institusi-institusi kewangan tidak dapat bertahan. Berapa banyak bank yang wujud 2o tahun dahulu masih kekal gah sekarang? Bank yang gagal berfungsi dengan baik, MELABURKAN wang simpanan anda untuk keuntungan mereka akan MELEBURKAN masa depan anda. Apabila ini berlaku kita akan berada pada satu tahap di mana BANK dan EKONOMI akan gagal menstabilkan ekonomi dunia. Berkemungkinan ada negara yang mencetak wang kertas mereka dengan berleluasa.


Sebelum ianya berlaku, di mana kemungkinan ianya berlaku TIDAK MUSTAHIL, individu mula bertukar kepada simpanan emas yang terjamin selamat. Dan sudah semestinya sebagai UMAT ISLAM sewajarnya kita menyimpan emas bagi mengelakkan masa depan UMAT NABI MUHAMMAD s.a.w terus dikuasai dan dikawal orang-orang yang tidak sepatutnya. Wasalam.
Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan2 berminat tapi kewangan tidak mengizinkan sila hubung saya untuk khidmat nasihat dan cadangan. ZAMRI 019-986 4491.

Saturday, October 30, 2010

TURUN-NAIK-NAIK HARGA EMAS

Sememangnya masa depan tidak dapat kita ramalkan. Namun kita perlulah sentiasa berusaha merancang untuk mendapat yang terbaik. Sekiranya membuta tuli, itu tidak dinamakan perancangan jauh sekali menghampiri perancangan yang baik.
Perancangan yang baik adalah berdasarkan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang kita ada. Bercakap tentang pelaburan emas, perancangannya perlu mengambilkira pulangan dan jangka masa. Emas akan memberi keuntungan BERLIPAT KALI GANDA untuk JANGKA MASA yang panjang. Kita lihat harga emas untuk beberapa hari adalah tidak menentu.

Jadinya sekiranya 1 dinar yang anda beli semalam pada harga RM641 tiba-tiba merosot kepada RM620 hari ini.. janganlah risau.. kerana anda bukannya ingin menjualnya hari ini.

Begitu juga pada tempoh sebulan.. harganya masih tidak menentu, ingat pelaburan anda adalah untuk JANGKA MASA YANG PANJANG.

Namun sepertimana yang dinyatakan dalam post terdahulu pulangan akan mula dilihat selepas 3 bulan, peningkatan harga emas boleh dilihat selepas 6 bulan (Rujuk Graf).



Walaubagaimana pun untuk mendapat keuntungan BERLIPAT KALI GANDA anda perlu menunggu untuk tempoh yang lebih lama (> 3 tahun).
Sila perhatikan pada Harga 'High' dan 'Low' pada graf untuk tempoh 5 tahun tu.. Cuba lah bayangkan di mana pelaburan anda 5 tahun lagi.

Yang saya pasti..... untuk semua tempoh masa.. harga emas sentiasa NAIK..cuma sedikit atau banyak
sahaja. Jadinya tak perlu tunggu harga emas turun untuk membelinya. Tempah lah sekarang, hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491.
Bagi saya, 2 KELEBIHAN saya perhatikan di sini.
PERTAMA :) Kita beli emas dari wang simpanan sebagai pelaburan contohnya pada nilai RM10,000. Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun saya tidak perlu lagi menambah tabungan melalui potongan gaji atau sebagainya kerana kenaikan harga emas akan meningkatkan jumlah pelaburan anda. Yang bisa menyedihkan nanti, kita membuat potongan bulanan untuk sesuatu perkara pada perkiraan KOS SEMASA (contoh beli kereta,beli rumah, tunai haji,pendidikan anak2) tapi kita nak buat perkara tu 5-6 atau 10 tahun lagi. Pada masa kita rasa tabungan kita cukup, KOS pula telah meningkat !!!
KEDUA :) Harga Emas adalah terhindar dari sebarang MANIPULASI sepertimana yang berlaku semasa krisis matawang. Sebab pada pendapat saya, disebabkan stok yang terhad dan nilai sebenar emas yang tinggi.. HARGA TINGGI orang suka (sbb boleh jual dpt untung), bila ramai2 jual HARGA EMAS TURUN... ???? HARGA RENDAH pun orang suka jugak (sbb giliran orang lain pulak nak borong banyak2 lagi untuk masa depan). Dah tu macamana ? Kalu anda berkecimpungan dengan EMAS anda rasa rugi ke ?? "LU FIKIR LAH SENDIRI " sebab WA dah lama fikirkan nya.. Cuma pastikan kita jaga keselamatan emas kita dan rekod untuk bayar ZAKAT..
Untuk penjelasan lanjut serta tempahan hubungi saya ZAMRI 019-986 4491.
Sila layari http://www.kitco.com/charts/livegold untuk lebih banyak maklumat tentang harga emas.

Thursday, October 28, 2010

KELEBIHAN MEMBELI EMAS DARI PUBLIC GOLD


Hari ini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan emas di PublicGold sepertimana yang saya alami. Sepertimana post-post terdahulu, ianya merupakan perkongsian maklumat berdasarkan apa yang saya alami untuk memaklumkan pembaca sekalian kepentingan memiliki EMAS untuk masa hadapan. Yang pasti.. kalau tuan/puan tidak membuat sebarang tempahan pun.. saya sudah memiliki EMAS dan NILAInya tetap meningkat dari hari ke hari. Sebab itu lah Taukeh Kedai Emas tiada yang 'OUT OF BUSINESS' atau gulung tikar.

1. DIJUAL PADA HARGA PASARAN

Harga jualan emas di PG adalah mengikut pasaran dunia dan ianya berubah setiap 20 minit. Secara purata terdapat 72 Harga Emas di PG dalam sehari (60 min/20 min X24 jam/hari). Contoh>Permerhatian pada 27 Oct 2010 : Dlm sehari harga 20g Bar boleh naik setinggi RM3020++ dan turun serendah RM2988. Jika berminat, hubungi Zamri 019-986 4491 dan sebagai Dealer PG saya akan monitor dan cadangkan harga terbaik untuk anda.

2. JAMINAN BELIAN BALIK

Untuk setiap emas yang anda beli dari PG, anda boleh jual kembali dengan mudah. Sama ada terus kepada PG atau mana-mana dealer. Saya cadangkan agar anda hubungi saya, Zamri 019-986 4491 sekira berminat untuk menjual emas anda semula. Kami menerima emas PG walaupun kemek, tercalar, dibuka plastik, cuma perlu dipastikan berat emas sepertimana yang sepatutnya.

3. 'Spread" HARGA YANG KECIL

'Spread' adalah beza nilai antara Harga Belian anda ("We Sell" PG) dan Harga Jualan Balik Anda ("We Buy" PG) dan ianya adalah kecil di PG.Llebih kurang 6-7% berbanding dengan belian emas dari kedai emas yang mana 'spread' mencecah 25%. APAKAH KELEBIHAN SPREAD YG KECIL ??

Dengan 'Spread' yang kecil anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapat keuntungan. Pelanggan pertama saya membeli 20g Bar pada 20/7/2010 dengan harga RM 2,771 dan sekiranya beliau ingin menjual pada 29/7/2010 (7:40 am) ianya pada RM2,854. Dalam masa 3 bulan lebih pelaburan beliau sudah memberikan pulangan RM84 (sekiranya dijual). Namun perlu diingatkan pelaburan emas adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (3thn, 5 thn, 10 thn lagi wow !!)


4. BOLEH MONITOR /PILIH HARGA SENDIRI


Kelebihan ini yang paling saya suka. KENAPA?? Kerana dengan ketekunan, kesabaran, sedikit kebijaksanaan, kemudahan internet + DEALER (hubungi saya Zamri 019-9864491), anda boleh melihat turun naik harga emas 24 jam setiap hari. Sekiranya berhajat untuk membeli emas, saya sarankan anda monitor harga emas untuk tempoh 2-3 hari bagi mendapatkan gambaran pergerakan harga dan dari situ anda boleh membuat keputusan 'range' harga yang anda kehendaki. Sepertimana yang saya nyatakan dalam (1) dengan kebijaksanaan anda, anda boleh membeli pada harga yang terendah untuk hari tersebut.

Saya berpendapat, perubahan harga tidak meletakkan pelaburan anda dalam risiko yang tinggi, kerana pada harga yang mana pun, anda memperolehi nilaian (Berat/kejituan) emas yang sama. cuma untung lah kalu dapat beli pada harga yang lebih rendah..

Seperkara lagi, dalam perniagaan emas ni.. kita jangan terlalu tamak. Maksud saya, apabila harga tersebut bersesuaian dengan bajet anda 'lock' saja kerana sekiranya anda menunggu untuk harganya turun lagi takut nanti ianya terus melonjak naik. "Nak jimat RM2, takut nanti anda rugi RM5".. Berminat SMS/Telefon Zamri 019-986 4491.

Tuesday, October 26, 2010

EMAS PELABURAN TERHEBAT

Untuk semua jenis pelaburan, ilmu pengetahuan adalah elemen yang penting untuk kita membuat keputusan bagi memilih pelaburan mana yang terbaik Seorang jutawan boleh jadi papa kedana andaikata silap membuat pelaburan dan begitulah sebaliknya.

Bagi kebanyakan orang sepertimana saya, pelaburan AMANAH menjadi pilihan kerana berisiko rendah dan kita tidak perlu memberikan tumpuan untuk urusniaga seperti saham di Bursa ataupun Forex. Namun, dengan inflasi, kenaikan harga barangan, pulangan Unit Amanah semakin merosot dari semasa ke semasa. Pelaburan RM10,000 saya pada tahun pertama sememangnya kekal RM10,000 (ditambah dengan pulangan) pada 10 tahun akan datang, tapi persoalannya pada tahun 2020 nanti apa lah sangat yang boleh saya dapatkan dengan RM10,000???

Saya turut menabung untuk anak2 dalam Unit AMANAH, tapi adakah jumlah yang saya peruntukan itu dapat membantu mereka di masa hadapan ? Dimana serta bagaimana kita dan anak-anak kita 10 - 20 tahun nanti perlu ditentukan sekarang, bukannya 10-20 tahun lagi.

Lalu dengan sedikit kepakaran yang dikurniakan oleh Allah swt, isteri saya telah membuat pengiraan untuk pembandingan dan saya kongsikan di sini untuk renungan.



Kelebihan Emas sebagai Pelaburan:

1. Boleh digadai sekiranya memerlukan duit dan kenaikan nilai kekal. Bagi Unit Amanah apabila duit dikeluarkan kenaikan nilai akan berubah kerana tempoh masa berkurangan.

2. Kenaikan harga walaupun sekadar anggaran adalah lebih tinggi berbanding dengan pelaburan yang lain
3. Tiada risiko susut nilai kerana emas sentiasa naik harga cuma perlu menjaga keselamatan dari kecurian
4. Nilaian emas adalah mengikut pasaran dunia berbanding dengan simpanan wang yang turut bergantung kepada kestabilan ekonomi, politik serta sosial sesebuah negara. Jutawan minyak pun bila negara dia berperang duit dia tu sudah tidak ada nilai. Sama juga apabila sesebuah negara dilanda bencana alam yang menggugat kestabilan ekonomi. Keamanan, kestabilan sesebuah negara tidak dapat diramal . Matawang buatan Manusia tiada yang kekal. Namun EMAS dan PERAK sudah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. EMAS kekal bergantung pada BERAT dan KEJITUAN/KEPADATAN nya tidak kira di negara mana kita berada pada langkau masa mana sekalipun. Selagi Hari Belum Kiamat.

Sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu kerana ILMU adalah sesuatu yang sekiranya dikongsi ianya tidak habis malahan lagi bertambah. Mulakan dengan 1 DINAR (RM620++) untuk setiap 1 anak serta ahli keluarga. Segera hubungi Zamri di 019-986 4491 untuk tempahan serta maklumat lanjut.

Sunday, October 24, 2010

NIAGA EMAS, MILIKI EMAS, JAMINAN MASA DEPAN


Semakin ramai menyedari kelebihan memiliki emas sebagai pelaburan. Ianya dapat dinilai melalui pertambahan agen-agen baru Public Gold, pembukaan cawangan-cawangan baru di seluruh Malaysia. Sebut pasal Agen, saya kongsikan sedikit cerita kelebihan menjadi Agen Public Gold seperti mana yang kami alami:

1. Pembelian EMAS dengan pengurangan sebanyak 1.5%

- Sebagai Agen kita akan menerima komisen sebanyak 1.5% bagi setiap jualan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita membeli untuk diri sendiri maka nilaian RM sebenar yang kita bayar hanya lah 98.5%. Pengurangan ini akan dapat dilihat dengan jelas sekiranya pembelian melibatkan jumlah yang besar. Contohnya : 100g >> RM14,870 - (1.5% x RM14,870) = RM14,870 -RM223.05.

Ini adalah tujuan utama saya menjadi Agen kerana saya ingin memiliki emas untuk simpanan. Lagipun, untuk menjadi agen PG kita cuma perlu membeli EMAS mengikut nilai keahlian. Tawaran sehingga 31Oct 2010 adalah RM20,000. Sekiranya ada jumlah tersebut, buat pilihan sama anda ingin miliki DINAR (1,5 atau 10 Dinar) atau BAR (20g, 50g, 100g,Ikg) atau hubungi saya Zamri 019-986 4491 untuk pengiraan atau cadangan mengenai pilihan.

- Yang jelas membeli stok barangan emas tidak sepertimana kita membeli stok untuk jadi agen jualan langsung atau seumpamanya. Jadi agen jualan langsung, kita kena jual perabih barang/stok kita tu barulah kita dapat balik pulangan + keuntungan kita. Jadi Agen Public Gold ni, kalau kita tak jual pun kita boleh untung sebabnya.. apabila harga emas naik kita boleh jual pada harga WE SELL, kalu bukan AGEN kita jual pada AGEN/PG semula mereka ambil harga WE BUY.


2. Jual pada harga "WE SELL" beli pada harga ' WE BUY"

- Kalau kita agen, kita sentiasa jual pada harga 'WE SELL' sama ada yang orang baru order (komisen 1.5%) atau stok yang kita ada. Dulu saya beli BAR 20g RM2,701 (Julai 2010), kalau ada order dari New Customer saya boleh jual pada RM3002 (24 Oct 2010) (+ RM301). Kalau tidak menjadi agen kita jual balik pada harga 'WE BUY' RM2,822 (24 Oct 2010) kepada Agen/PG (+RM121) . Tetap tidak rugi cuma untung lebih besar sekiranya menjadi agen. Keuntungan ini akan lebih kita rasai di masa-masa akan datang apabila harga 'WE SELL' akan meningkat naik.

-Di samping itu kalau kita jadi Agen, kita boleh buat belian balik dari individu2 /customers terdahulu kita pada harga 'WE BUY' (lagi rendah dari belian terus dari PG) kemudian kita jual balik pada New Customer pada harga 'WE SELL'.

3. Berurusniaga Secara Terus dengan Cawangan Public Gold

- Dengan menjadi agen, anda boleh 'lock' harga semasa 24 jam serta berurusan secara terus dengan cawangan PG tanpa ragu-ragu.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya Zamri 019-986 4491 untuk bantuan, penerangan yang lebih lanjut. Di samping itu, dengan menjadi dealer bersama-sama saya, anda akan dikemaskini dengan maklumat terbaru serta di berikan tunjuk ajar yang sepatutnya dari semasa ke semasa.

Kelebihan berniaga EMAS ni, kalau kita pinjam duit dari saudara mara, rakan taulan, sahabat handai pembayaran balik tidak akan menjadi masalah. Setelah menjadi AGEN untuk dapatkan balik RM20,000 tu anda boleh GADAI atau JUAL EMAS anda tu kepada yang berminat. Melalui pengalaman saya yang baru saja berkecimpung dalam jual beli emas ni.. TAK SUSAH nak jual EMAS.. sebab EMAS tetap EMAS, kekal bernilai, sumber yg terhad, diminati ramai dari zaman Firaun hingga lah ke zaman Cyber ni..

SEGERALAH dapatkan RM20,000 sebelum Oktober berakhir (kebiasaan RM40,000+) serta hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491.

Tuesday, October 12, 2010

BARANGAN KEMAS TANPA KOS UPAH


Tumpuan terhadap emas bar dan dinar sebagai pelaburan tidak mengenepikan minat terutamanya kaum Hawa terhadap barangan kemas. Kaum wanita terutamanya di Kelantan tidak dapat dipisahkan dengan barangan kemas, bak kata orang Kelantan ' bia lah ado sorat duo.. buat ubat (biar lah ada se urat dua untuk dijadikan perhiasan menambahkan seri....)

Kalau kita biasa dengan gelang bermagnet, gelang kristal yang memberikan kesan perubatan terhadap pemakainya, saya percaya barangan emas yang dipakai pun akan memberikan kesan tertentu. Kita pernah dengar tentang susuk emaskan.. katanya untuk kecantikan TAPI JANGAN CUBA.. Ada juga Safi Rania GOLD.. untuk cantik jugakkan ?? Jadinya Emas begitu serasi dengan kecantikan.


Menyedari keperluan wanita untuk kelihatan cantik, Public Gold juga menawarkan barangan kemas. Antaranya rantai leher, rantai tangan, bracelet, loket (pendant). Boleh layari http://www.publicjewellery.com.my/ untuk pilihan rekaan terkini.


Kelebihan barangan kemas di Public Gold berbanding kedai emas adalah PENGECUALIAN UPAH. Ini bermakna jurang susut nilai nya jika jual balik tidak banyak sepertimana kita membeli emas di kedai-kedai emas. Manakala membeli barangan kemas di Public Gold membenarkan mendapatkan tawaran harga terbaik kerana harga juga ditawarkan mengikut kadar semasa (HARGA SEMASA & TEMPAHAN SECARA ONLINE). Sila hubungi saya, ZAMRY 019-986 4491 sekiranya berminat.

Barangan kemas boleh dijadikan Hadiah Hari Lahir, Hadiah UlangTahun Perkahwinan, Hadiah Hari Ibu, Hadiah Untuk Kelahiran Baby Girl Baru atau Hadiah Untuk Mana-mana Hari pun boleh.. Ahad, Isnin, Selasa,.................

Monday, October 11, 2010

KEHADIRAN MU MEMBAWA 'CAHAYA'

Kedatangan mu ku tunggu penuh setia

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun berganti tahun

Saban hari hadirmu hanya dalam lena ku..

Setiaku hanya pada mu....



Walaupun kau tidak pernah menjanjikan kunjungan

Harapan ku padamu sentiasa menggunung

Kali in ku harapkan kau tidak menghampakan

Kali ini aku begitu mengharapkan kedatangan mu

Ku harapkan kesetiaan ku mengundang kebahagiaan



Kedatanganmu pasti tidakkan ku persiakan

Akan ku meteraikan kedatangan mu dengan 'GOLD BAR'

Kalu pun tidak sekurang-kurang '2DINAR' ku persembahkan



Bonus...oh..bonus

Wa tunggu lu hari Jumaat 15 Oktober 2010 ni..

Cepat-cepat sikit nanti tak sempat nak 'lock' masa rendah ni..

Datang jangan tak datang ya...




Kalau ada rezeki dapat bonus jangan lupa hubungi saya , Zamry 019-9864491 untuk menambahkan KEKAYAAN ANDA...

Tuesday, October 5, 2010

CEPAT-CEPAT! HARGA EMAS TIDAK MENUNGGU KITA

Alhamdullillah.. dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, hari ini saya cuba luangkan sedikit masa untuk mengucapkan TAHNIAH kepada 4 sahabat saya kerana telahpun mengambil langkah bijak untuk memiliki 2 Dinar Emas (1 Dinar x 2) setiap seorang. Kekayaan, kejayaan serta apa jua yang anda inginkan di masa hadapan keputusan dan perancangannya perlu dibuat sekarang!! TAHNIAH dan TERIMA KASIH juga ditujukan kepada sahabat baru saya kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya dan telah pun menjadi dealer HARI INI.


PERCAYA LAH....

Emas merupakan tawaran terhebat masa kini.. Kenapa? Tak percaya ke? Syarikat gergasi yang berpusat di luar negara, Nestle melalui produk nya Nescafe telah menawarkan GOLD MUG sebagai hadiah utama untuk peraduan terkini nya yang bermula pada 1 Oktober.
So macam mana ? Tak ada duit nak beli Dinar Emas PublicGold atau Public Gold Bar boleh beli Nescafe tu.. mana tahu ada rezeki.. tapi takut nanti nilaian beli Nescafe tu hitung-hitung dah cukup utk beli 1 DINAR EMAS..yang pasti milik anda. Hubungi saya Zamri 019-9864491.


Manakala Bank Negara Malaysia pula bersempena Ulangtahun Ke 50 penamaan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan telah melancarkan Syiling Emas dan Perak sebagai kenang-kenangan.

Jadinya sahabat2 sekalian jangan tunggu lagi... pinjam duit emak/ayah, suami/isteri, duit raya anak, gadai, withdraw dari Bank A +Bank B + Bank C dan HUBUNGI SAYA, Zamri 019-9864491 untuk tempahan sebelum terlambat..
Saya mula-mula beli 20g PGold Bar 19 May 2010 harga RM2,749 hari ni (5 Okt 2010 /6:16PM) RM 2,998.
4 BULAN++ = +RM 249.. Jadi nilai ASET/PELABURAN saya telah meningkat sebanyak RM249..
1 Dinar Emas beli pada 5 July 2010 harga RM583
hari ni (5 Okt 2010/6:40PM) RM619. Genap 3 bulan = + RM ...malas sudah saya nak kira... Sahabat semua tak perlu ambil kalkulator tapi ambil buku-buku bank yang ada dan tenung-tenungkan lah.. macam mana duit di bank tu 'berkerja' untuk anda ATAU telah 'mengerjakan' anda..
"Bukan Marah...NASIHAAT'...

Wednesday, September 15, 2010

Berapa Dinar Emas Anda Ada Hari ni?

Salam Aidilfitri..
Dan selamat kembali menjalankan tugasan seharian seperti sebelumnya.. mencari rezeki untuk menggantikan himpunan rezeki terdahulu yang telahpun luak dibelanjakan sempena Aidilfitri yang baru berlalu.

Begitulah rutin kehidupan kita tahun demi tahun kan.. Persoalannya.. adakah semua orang begitu rutinnya.. ataupun kita je yang cari, himpun, simpan tahun ni...tahun depan perabih ????


Cuba kita renungkan keratan berita ini.. Gold Dinar Habis Dijual ? Nilaian terjual RM1.5 juta ?

Persoalan nya ???? Sila rujuk di akhir post saya hari ini..

Kelantan’s gold dinar sold out

PETALING JAYA: Kelantan’s gold dinar that was recently introduced has been sold out with most people buying it for investment purposes.
Kelantan Gold Trade (KGT) Sdn Bhd that issues the dinar and the silver dirham said about RM1.5mil worth of dinar and RM1mil worth of dirham had been sold since it was introduced on Aug 12.
A dinar is currently equivalent to RM592 and a dirham is worth about RM13 but their values fluctuate. The dinars are available in five denominations.
The Star Online (Sunday September 5, 2010)

Persoalannya, para sahabat, rakan taulan serta saudara mara sekalian..


Dari jumlah Dinar yang habis dijual tu.. berapa DINAR kah sempat anda beli ? Dari jumlah kekayaan /pelaburan bernilai RM1.5 juta tu berapa kah 'share' anda ? Takut nanti.. semua orang ada sorang sekeping anda aje yang tak ada !!!! Pernah kah anda terfikir ??


Walaupun dinar Kelantan habis dijual.. anda tidak perlu gusar kerana Dinar Publicgold kan ada.. hubungi saya 019-986 4491.. utk bantuan penerangan pelaburan, maklumat lanjut, dsb..

Dari segi fizikal emasnya, Dinar adalah sama. Yang berbeza cuma 'design' dan syarikat yang mengeluarkannya.. pembelian emas dari PublicGold juga turut memberi kelebihan kerana harga yang ditawarkan adalah mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit, jadi sekiranya kita ingin membeli bolehlah kita perhatikan harga PGold Dinar dari semasa ke semasa untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ataupun, hubungi saya di talian 019-9864491 jika berminat dan saya akan bantu untuk 'monitor' harga untuk anda.
Cepat!!! Cepat !!!! Tetapkan Matlamat Anda.. Dapatkan sekurang-kurangnya 1 Dinar Emas untuk tahun 2010 ini... setidak2nya ada juga hasil titik peluh kita yang akan terbentuk menjadi kekayaan masa hadapan... Selamat Berusaha Semoga Berjaya... Ingat, Anda mungkin ORANG KELANTAN TERAKHIR tanpa Dinar Emas...



Wednesday, September 1, 2010

YANG BERNAMA EMAS SEMEMANGNYA BERHARGA

Sedar tak sedar.. Ramadhan semakin menghampiri penghujung nya. Hari ini tinggal 7 hari saja lagi untuk kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt. Sememangnya yang bernama emas itu sangat berharga. Pepatah menyatakan " MASA ITU EMAS".

Sempena menjelang Aidilfitri, saya mengambil kesempatan memohon maaf dari pelawat-pelawat setia web ini kerana aktiviti mengemaskini maklumat web terhenti buat seketika. Disamping kesibukan mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini, sambutan menjelang perayaan Aidilfitri mungkin antara penyebab harga emas meningkat naik. Cuba teman-teman jeling-jeling bila melintas di kedai-kedai emas terutamanya di Kelantan ni. Ada yang beli baru, ada yang trade barangan emas lama utk dapatkan design terkini... pendekata semuanya nak melawa.. Nama je EMAS mesti mahal.. JALA EMAS pun tiap kali puasa mesti naik harga.Cuba check Source: http://www.commodityonline.com/news/Buy-Gold-in-August-expect-good-returns-in-next-two-months-31264-3-1.html utk lebih meyakinkan anda atau boleh layari http://www.publicgold.com.my website dah rujuk news pada Public Gold News Digest paparan 30 August.


Tapi bagi kami sekeluarga semenjak berkecimpungan dalam pelaburan emas ni, rasanya rugi pulak beli barang kemas ni.. pakai time hari raya je.. kalu sentiasa pakai ke sana ke mari bahaya pun ada jugak. So solution mudah, isteri lebih gemar pakai yang tiruan, pakai kadang-kadang warna tak pudar sangat kalu nak tambah seri lagi boleh hantar celup..

So kepada pelabur yang di hormati, simpan dulu duit tu.. kita standby borong public gold bar lepas hari raya nanti.

Wednesday, August 4, 2010

HUJAN EMAS NEGERI ORANG....

Teringat pepatah Melayu :

Hujan emas negeri orang

Hujan batu negeri sendiri

Lebih baik negeri sendiri


Masalah nya.. sekarang memang bukan hujan EMAS negeri orang tu tapi NEGERI SENDIRI KELANTAN. Lebih2 baik lah lagi. Sebagai warga Kelantan kita tidak seharusnya membiarkan orang dari negeri mahupun negara lain mengaut kekayaan negeri kita takut nanti kita orang Kelate ni berputih mata melihat orang lain keluar masuk negeri kita setiap cuti sekolah, perayaan membawa berbondong-bondong barang. Kalu kita ada bisnes di Rantau Panjang tu boleh lah tumpang untung.


Dengar-dengar nya kerajaan Negara China sudah membenarkan jual beli emas di negara mereka. Patut lah harga emas naik dengan mendadak ni. Tahu tak kenapa harga emas naik ? Sebabnya PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN (DEMAND LEBIH DARI SUPPLY) . Ramainya orang seluruh dunia sedang berurusan jual beli emas di ketika kita sedang enak dibuai mimpi. Tak percaya cuba tengok http://www.kitco.com/charts/livegold. Rancaknya urusniaga boleh dilihat dari turun naiknya harga emas ni, yang bestnya harga tu naik naik naik sesekali je turun, maknanya orang asyik beli dan beli dan beli.. Pada esok harinya, kita bangun dari tidur dan mimpi kekal menjadi mainan tidur mana kala mimpi trader EMAS ini bakal menjadi kenyataan!

Renung-renungkan bersama..

Sememangnya tidak dapat dinafikan rezeki kita semua telah di tentukan oleh Allah swt, tapi kemanisannya adalah kerana kita tidak mengetahui punca, cara, bila, di mana dsb. Oleh itu teuskan berusaha selagi ianya jalan yang halal..


Andaikata, kekayaan itu menjadi milik kita jangan lupa sebahagian nya adalah hak orang lain, jangan asyik simpan di bank je.. keluarkan zakat dan bersedekah lah ke jalan Allah swt.


Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

EMAS PELABURAN TERBAIK DAN TEPAT

Assalamualaikum wbt serta salam 1Malaysia !


Setiap hari saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dengan pembaca sekalian. Jadi di atas kelapangan yang diberikan oleh Allah swt pada hari ini saya luangkan sedikit masa untuk tujuan tersebut kerana PENGETAHUAN adalah perkara yang tidak akan habis walaupun kita kongsikan dengan seramai mana orang sekalipun.


Sebagai warga Kelantan khususnya, mari kita perhatikan di sekeliling kita berapa ramaikah nama-nama besar yang ditakrifkan kaya kerana berasal dari keluarga yang sememangnya berada. Tanah berekar2, rumah sewa, bangunan sana sini.. dari mana kah ianya bermula? Sudah tentu bermula dari perancangan serta kebijaksanaan nenek moyang mereka terdahulu. Di sini lah saya mula membuat perancangan dan perhitungan untuk masa depan generasi keluarga saya, saya ingin jadi bijaksana seperti nenek moyang mereka ini.


PLAN 1: NAK BELI TANAH

Kerana kekayaan mereka dalam bentuk hartanah, saya pun membuatlah perancangan untuk beli TANAH. Tapi untuk tujuan tersebut saya perlukan modal ratus-ratus ribu ataupun puluhan ribu, almaklumlah sekarang mana ada tanah murah..mana mahu dapat duit ma.. saya ni kerja makan gaji je..Alamatnya tanah seguni untuk tanam bunga aje lah yang mampu saya beli.


PLAN 2: BELI RUMAH

Ada orang mempunyai rumah diberi sewa ataupun buat homestay, saya pun plan nak buat macam ni jugak lah sebab harga rumah akan sentiasa naik mengikut pasaran. Tapi untuk disewakan perlulah dapatkan yang terletak pada lokasi yang strategi. Seperti plan terdahulu saya perlukan pelaburan dalam jumlah yang besar, memang boleh pinjam bank tapi setelah dihitung kutipan sewa ruma di Kelantan ni tidak dapat nak menampung kos bayar bank tu, rumah akan rosak akibat disewakan dan kita akan bergantung pada orang yang ingin menyewa. Sekali lagi cancel plan..


PLAN 3: SIMPAN DI BANK /ASB

Akhirnya kami sekeluarga sepakat untuk simpan saja lah dibank, ASB sebab susah sikit nak keluarkan berbanding yang lain yang ada ATM kad. Tapi tuan2 puan2 sedar tak, duit ni macam berhantu tau (setidak2nya bagi saya) sebab bila ada duit macam2 projek ada, nak make-up kereta lah, nak renovate rumah le, nak beli itu ini semuanya nak perabih duit.. jadi boleh kita simpan kekayaan ini untuk generasi masa depan ? Kalu kita simpan RM100,000 dibank hari ni, 10 tahun lagi anak2 dapatlah RM100,000 +RM20-30, 000 dividen, tapi persoalannya apa yang mereka boleh beli dengan duit sebanyak itu di masa mereka nanti ?? Sekarang pun mereka ke sekolah bawa RM3-5 sehari, zaman kita sekolah dulu? RM0.50 dah kenyang kan ??


PLAN 4 : BELI EMAS >> PILIHAN TEPAT

Akhirnya saya ketahui wujudnya Dinar emas Kelantan yang boleh perolehi dengan RM500 ++ untuk nilai 1 Dinar. Di sinilah bermulanya bagi saya... setiap bulan saya mula membeli Dinar untuk di simpan. Tapi bekalan Emas Dinar Kelantan agak sukar diperolehi. Alhamdullillah saya diperkenal kan kepada Public Gold yang mana bekalan lagi mudah diperolehi serta harganya betul-betul mengikut perubahan pasaran dunia. Time rendah, kita berpeluang membeli emas dengan lebih murah.


BELI EMAS, bagi saya yang makan gaji setiap bulan adalah tepat kerana :


1. Pelaburan boleh dimulai serendah RM500++ setiap bulan, jadi daripada simpan di bank saya beli emas 1 Dinar

(12 bulan x 1 Dinar = 12 Dinar x RM550 (anggaran nilai 1 dinar semasa) = RM6,600)


2. Emas boleh digunakan untuk beli lagi emas. Apabila saya ada beberapa keping Dinar Emas ni, saya bawa pula pergi ke ArRahnu, dapat duit saya beli pula Gold Bar = RM2700.


3. Emas adalah gantian kepada simpanan di bank, andaikata habis simpanan kita gunakan untuk beli emas, kita tak perlu bimbang kerana di saat-saat kecemasan kita boleh gadaikan, cuba elak dari menjualnya kerana kalau kita nak beli lagi harga emas lagi tinggi


Oleh itu, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara jom beli emas sekarang supaya anak-anak kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di masa hadapan.
Hubungi saya, Zamri 019-9864491, saya cuma dapat komisen biasa2 je tapi memikirkan anak bangsa Melayu saya teruskan usaha menarik minat tuan-tuan dan puan-puan. Wassalam

Sunday, August 1, 2010

EMAS BUAT ANDA TERSENYUM


Syukur diberikan kelapangan untuk kembali menguruskan website ni. Almaklumlah seminggu dua yang lalu harga emas turun dengan mendadak jadinya sibuk jugaklah dengan urusan jual beli emas ni.. malam online tunggu harga emas turun. Minggu ni harga emas kembali naik.. tak sempat nak sambar 2-3 bar lagi.
Ini merupakan petikan akhbar Sinar Harian bulan lepas. Pengeluaran 300 - 500 kg setahun, siapa yang beli emas ni nanti? Kenapa ?
Bukan hanya sebab mereka berduit tetapi adalah kerana mereka tahu beli emas boleh buat kita kaya.. bukan sekarang tetapi masa depan.. Sebabnya....
Sebagai contoh:
PILIHAN 1:MATAWANG/PITIH
Tahun 2010, RM600 kita simpan dalam bank yang memberikan pulangan 5% setahun. Dalam masa 5 tahun, kalu duit tersebut kita tidak keluarkan, simpanan kita bertambah menjadi RM765 (lebih kurang guna pengiraan compounded interest)
PILIHAN 2: PITIH MAH (EMAS)
Tahun 2010, RM600 buat beli 1Dinar (public gold) dan simpan. Dalam masa 5 tahun, dengan kadar kenaikan emas sekarang melebihi 15% setahun, harta kekayaan kita... jeng jeng jeng... lu kiralah sendiri (sambil senyum2).. lebih kurang RM1200.
Mungkin % itu cuma anggaran saya tapi ada ke bank yang berikan pulangan lebih dari 10% ? Lagipun untuk dapat pulangan seperti pilihan 1, kita kena simpan duit dalam bank selama 5 tahun kekal tidak boleh dikeluarkan, betul tak? boleh ke? Bank bagi 'duit saya' cuma persinggahan sementara je.. 'rumah tetap' nya CELCOM, TNB, tusyen, supermarket, stesen minyak.. tiap2 bulan mesti pergi sini.. pergi terus tak balik balik dah!
Tapi kalu EMAS di pilihan 2 akan sentiasa kenal tuannya.. Bila kesuntukan wang kita 'tumpangkan' ia di ArRahnu.. sampai masanya akan kembali lah ia ke pangkuan. Kerinduan kita pada emas di ArRahnu tu pun tak pernah reda, asyik teringat aje risau di 'ambil' orang kalau tidak di'jemput' pulang bila tiba masanya. Pitih Emas pergi dan kembali namun nilainya kekal, selepas 5 tahun kenaikan sepertimana perkiraan.
Serendah RM600 untuk mendapatkan Dinar pertama anda, dapatkan 4.25g drp keluaran berkilo-kilo emas setahun takut nanti semua orang di Kelantan ada kecuali anda ruginya..
Bertindak sekarang.. hubungi saya Zamri 019-9864491 untuk tempahan atau keterangan lanjut.
Wassalam

Thursday, July 22, 2010

Emas Machang 1 dot Com

Hari ini webblog kite telah melangkah kealam baru dunia perniagaan internet kerana kita dah tukar jadi web blog yang terkini. So web kite dah jadi http://www.emasmachang1.com . Kira hari ini dalam sejarah le...

Perniagaan emas yang kita jalankan pun dah makin berkembang..kita dalam masa sebulan join perniagaan emas ni dan mampu buat jualan. Inilah kehebatan berniaga emas ini tak perlu banyak cerita. Harga emas Public Gold yang kita jual pun tengah cantik ini..murah sikit jika dibandingkan dengan harga emas yang disyorkan oleh persatuan peniaga emas.

Ini harga emas persatuan peniaga emas



Ini harga emas public gold hari ini . Kalau kita kira per gram maka harga emas 999.9 Public Gold yang saya jual ni adalah RM2755/20 gram adalah RM 137.75 untuk satu gram


Ini pula harga dinar emas yang juga di keluarkan oleh syarikat Public Gold yang saya jual. Dinar emas ini dibuat dengan emas 916 yakni jenis emas yang sama digunakan untuk buat barang kemas. Kita lihat pula harga emas ni per gram . 1 Dinar adalah bersamaan 4.25 gram emas 916.Oleh itu kita kiro tengok;
RM569/4.25 = RM133.88 untuk satu gram..muroh lagi weh


Ini dia rupa satu dinar yang kita jual ni..anda beli emas dapat emas. Ini ah hujung bulan ..sahabat - sahabat yang kerja makan gaji..tak lama lagi gaji masyuk..Mari lah mula start kumpul emas ni..Mai pakat jadi kan 1 Machang 1 Keluarga 1 Dinar...

Jika minat call saya lah..Zamry 019-986 4491... SMS pong boleh..no hal..

Sunday, July 4, 2010

Emas di Machang

Anda boleh jual dan beli emas anda secara online di Machang hari ini

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR