Wednesday, August 4, 2010

HUJAN EMAS NEGERI ORANG....

Teringat pepatah Melayu :

Hujan emas negeri orang

Hujan batu negeri sendiri

Lebih baik negeri sendiri


Masalah nya.. sekarang memang bukan hujan EMAS negeri orang tu tapi NEGERI SENDIRI KELANTAN. Lebih2 baik lah lagi. Sebagai warga Kelantan kita tidak seharusnya membiarkan orang dari negeri mahupun negara lain mengaut kekayaan negeri kita takut nanti kita orang Kelate ni berputih mata melihat orang lain keluar masuk negeri kita setiap cuti sekolah, perayaan membawa berbondong-bondong barang. Kalu kita ada bisnes di Rantau Panjang tu boleh lah tumpang untung.


Dengar-dengar nya kerajaan Negara China sudah membenarkan jual beli emas di negara mereka. Patut lah harga emas naik dengan mendadak ni. Tahu tak kenapa harga emas naik ? Sebabnya PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN (DEMAND LEBIH DARI SUPPLY) . Ramainya orang seluruh dunia sedang berurusan jual beli emas di ketika kita sedang enak dibuai mimpi. Tak percaya cuba tengok http://www.kitco.com/charts/livegold. Rancaknya urusniaga boleh dilihat dari turun naiknya harga emas ni, yang bestnya harga tu naik naik naik sesekali je turun, maknanya orang asyik beli dan beli dan beli.. Pada esok harinya, kita bangun dari tidur dan mimpi kekal menjadi mainan tidur mana kala mimpi trader EMAS ini bakal menjadi kenyataan!

Renung-renungkan bersama..

Sememangnya tidak dapat dinafikan rezeki kita semua telah di tentukan oleh Allah swt, tapi kemanisannya adalah kerana kita tidak mengetahui punca, cara, bila, di mana dsb. Oleh itu teuskan berusaha selagi ianya jalan yang halal..


Andaikata, kekayaan itu menjadi milik kita jangan lupa sebahagian nya adalah hak orang lain, jangan asyik simpan di bank je.. keluarkan zakat dan bersedekah lah ke jalan Allah swt.


Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

EMAS PELABURAN TERBAIK DAN TEPAT

Assalamualaikum wbt serta salam 1Malaysia !


Setiap hari saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dengan pembaca sekalian. Jadi di atas kelapangan yang diberikan oleh Allah swt pada hari ini saya luangkan sedikit masa untuk tujuan tersebut kerana PENGETAHUAN adalah perkara yang tidak akan habis walaupun kita kongsikan dengan seramai mana orang sekalipun.


Sebagai warga Kelantan khususnya, mari kita perhatikan di sekeliling kita berapa ramaikah nama-nama besar yang ditakrifkan kaya kerana berasal dari keluarga yang sememangnya berada. Tanah berekar2, rumah sewa, bangunan sana sini.. dari mana kah ianya bermula? Sudah tentu bermula dari perancangan serta kebijaksanaan nenek moyang mereka terdahulu. Di sini lah saya mula membuat perancangan dan perhitungan untuk masa depan generasi keluarga saya, saya ingin jadi bijaksana seperti nenek moyang mereka ini.


PLAN 1: NAK BELI TANAH

Kerana kekayaan mereka dalam bentuk hartanah, saya pun membuatlah perancangan untuk beli TANAH. Tapi untuk tujuan tersebut saya perlukan modal ratus-ratus ribu ataupun puluhan ribu, almaklumlah sekarang mana ada tanah murah..mana mahu dapat duit ma.. saya ni kerja makan gaji je..Alamatnya tanah seguni untuk tanam bunga aje lah yang mampu saya beli.


PLAN 2: BELI RUMAH

Ada orang mempunyai rumah diberi sewa ataupun buat homestay, saya pun plan nak buat macam ni jugak lah sebab harga rumah akan sentiasa naik mengikut pasaran. Tapi untuk disewakan perlulah dapatkan yang terletak pada lokasi yang strategi. Seperti plan terdahulu saya perlukan pelaburan dalam jumlah yang besar, memang boleh pinjam bank tapi setelah dihitung kutipan sewa ruma di Kelantan ni tidak dapat nak menampung kos bayar bank tu, rumah akan rosak akibat disewakan dan kita akan bergantung pada orang yang ingin menyewa. Sekali lagi cancel plan..


PLAN 3: SIMPAN DI BANK /ASB

Akhirnya kami sekeluarga sepakat untuk simpan saja lah dibank, ASB sebab susah sikit nak keluarkan berbanding yang lain yang ada ATM kad. Tapi tuan2 puan2 sedar tak, duit ni macam berhantu tau (setidak2nya bagi saya) sebab bila ada duit macam2 projek ada, nak make-up kereta lah, nak renovate rumah le, nak beli itu ini semuanya nak perabih duit.. jadi boleh kita simpan kekayaan ini untuk generasi masa depan ? Kalu kita simpan RM100,000 dibank hari ni, 10 tahun lagi anak2 dapatlah RM100,000 +RM20-30, 000 dividen, tapi persoalannya apa yang mereka boleh beli dengan duit sebanyak itu di masa mereka nanti ?? Sekarang pun mereka ke sekolah bawa RM3-5 sehari, zaman kita sekolah dulu? RM0.50 dah kenyang kan ??


PLAN 4 : BELI EMAS >> PILIHAN TEPAT

Akhirnya saya ketahui wujudnya Dinar emas Kelantan yang boleh perolehi dengan RM500 ++ untuk nilai 1 Dinar. Di sinilah bermulanya bagi saya... setiap bulan saya mula membeli Dinar untuk di simpan. Tapi bekalan Emas Dinar Kelantan agak sukar diperolehi. Alhamdullillah saya diperkenal kan kepada Public Gold yang mana bekalan lagi mudah diperolehi serta harganya betul-betul mengikut perubahan pasaran dunia. Time rendah, kita berpeluang membeli emas dengan lebih murah.


BELI EMAS, bagi saya yang makan gaji setiap bulan adalah tepat kerana :


1. Pelaburan boleh dimulai serendah RM500++ setiap bulan, jadi daripada simpan di bank saya beli emas 1 Dinar

(12 bulan x 1 Dinar = 12 Dinar x RM550 (anggaran nilai 1 dinar semasa) = RM6,600)


2. Emas boleh digunakan untuk beli lagi emas. Apabila saya ada beberapa keping Dinar Emas ni, saya bawa pula pergi ke ArRahnu, dapat duit saya beli pula Gold Bar = RM2700.


3. Emas adalah gantian kepada simpanan di bank, andaikata habis simpanan kita gunakan untuk beli emas, kita tak perlu bimbang kerana di saat-saat kecemasan kita boleh gadaikan, cuba elak dari menjualnya kerana kalau kita nak beli lagi harga emas lagi tinggi


Oleh itu, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara jom beli emas sekarang supaya anak-anak kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di masa hadapan.
Hubungi saya, Zamri 019-9864491, saya cuma dapat komisen biasa2 je tapi memikirkan anak bangsa Melayu saya teruskan usaha menarik minat tuan-tuan dan puan-puan. Wassalam

Sunday, August 1, 2010

EMAS BUAT ANDA TERSENYUM


Syukur diberikan kelapangan untuk kembali menguruskan website ni. Almaklumlah seminggu dua yang lalu harga emas turun dengan mendadak jadinya sibuk jugaklah dengan urusan jual beli emas ni.. malam online tunggu harga emas turun. Minggu ni harga emas kembali naik.. tak sempat nak sambar 2-3 bar lagi.
Ini merupakan petikan akhbar Sinar Harian bulan lepas. Pengeluaran 300 - 500 kg setahun, siapa yang beli emas ni nanti? Kenapa ?
Bukan hanya sebab mereka berduit tetapi adalah kerana mereka tahu beli emas boleh buat kita kaya.. bukan sekarang tetapi masa depan.. Sebabnya....
Sebagai contoh:
PILIHAN 1:MATAWANG/PITIH
Tahun 2010, RM600 kita simpan dalam bank yang memberikan pulangan 5% setahun. Dalam masa 5 tahun, kalu duit tersebut kita tidak keluarkan, simpanan kita bertambah menjadi RM765 (lebih kurang guna pengiraan compounded interest)
PILIHAN 2: PITIH MAH (EMAS)
Tahun 2010, RM600 buat beli 1Dinar (public gold) dan simpan. Dalam masa 5 tahun, dengan kadar kenaikan emas sekarang melebihi 15% setahun, harta kekayaan kita... jeng jeng jeng... lu kiralah sendiri (sambil senyum2).. lebih kurang RM1200.
Mungkin % itu cuma anggaran saya tapi ada ke bank yang berikan pulangan lebih dari 10% ? Lagipun untuk dapat pulangan seperti pilihan 1, kita kena simpan duit dalam bank selama 5 tahun kekal tidak boleh dikeluarkan, betul tak? boleh ke? Bank bagi 'duit saya' cuma persinggahan sementara je.. 'rumah tetap' nya CELCOM, TNB, tusyen, supermarket, stesen minyak.. tiap2 bulan mesti pergi sini.. pergi terus tak balik balik dah!
Tapi kalu EMAS di pilihan 2 akan sentiasa kenal tuannya.. Bila kesuntukan wang kita 'tumpangkan' ia di ArRahnu.. sampai masanya akan kembali lah ia ke pangkuan. Kerinduan kita pada emas di ArRahnu tu pun tak pernah reda, asyik teringat aje risau di 'ambil' orang kalau tidak di'jemput' pulang bila tiba masanya. Pitih Emas pergi dan kembali namun nilainya kekal, selepas 5 tahun kenaikan sepertimana perkiraan.
Serendah RM600 untuk mendapatkan Dinar pertama anda, dapatkan 4.25g drp keluaran berkilo-kilo emas setahun takut nanti semua orang di Kelantan ada kecuali anda ruginya..
Bertindak sekarang.. hubungi saya Zamri 019-9864491 untuk tempahan atau keterangan lanjut.
Wassalam

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR