Saturday, October 30, 2010

TURUN-NAIK-NAIK HARGA EMAS

Sememangnya masa depan tidak dapat kita ramalkan. Namun kita perlulah sentiasa berusaha merancang untuk mendapat yang terbaik. Sekiranya membuta tuli, itu tidak dinamakan perancangan jauh sekali menghampiri perancangan yang baik.
Perancangan yang baik adalah berdasarkan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang kita ada. Bercakap tentang pelaburan emas, perancangannya perlu mengambilkira pulangan dan jangka masa. Emas akan memberi keuntungan BERLIPAT KALI GANDA untuk JANGKA MASA yang panjang. Kita lihat harga emas untuk beberapa hari adalah tidak menentu.

Jadinya sekiranya 1 dinar yang anda beli semalam pada harga RM641 tiba-tiba merosot kepada RM620 hari ini.. janganlah risau.. kerana anda bukannya ingin menjualnya hari ini.

Begitu juga pada tempoh sebulan.. harganya masih tidak menentu, ingat pelaburan anda adalah untuk JANGKA MASA YANG PANJANG.

Namun sepertimana yang dinyatakan dalam post terdahulu pulangan akan mula dilihat selepas 3 bulan, peningkatan harga emas boleh dilihat selepas 6 bulan (Rujuk Graf).



Walaubagaimana pun untuk mendapat keuntungan BERLIPAT KALI GANDA anda perlu menunggu untuk tempoh yang lebih lama (> 3 tahun).
Sila perhatikan pada Harga 'High' dan 'Low' pada graf untuk tempoh 5 tahun tu.. Cuba lah bayangkan di mana pelaburan anda 5 tahun lagi.

Yang saya pasti..... untuk semua tempoh masa.. harga emas sentiasa NAIK..cuma sedikit atau banyak
sahaja. Jadinya tak perlu tunggu harga emas turun untuk membelinya. Tempah lah sekarang, hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491.
Bagi saya, 2 KELEBIHAN saya perhatikan di sini.
PERTAMA :) Kita beli emas dari wang simpanan sebagai pelaburan contohnya pada nilai RM10,000. Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun saya tidak perlu lagi menambah tabungan melalui potongan gaji atau sebagainya kerana kenaikan harga emas akan meningkatkan jumlah pelaburan anda. Yang bisa menyedihkan nanti, kita membuat potongan bulanan untuk sesuatu perkara pada perkiraan KOS SEMASA (contoh beli kereta,beli rumah, tunai haji,pendidikan anak2) tapi kita nak buat perkara tu 5-6 atau 10 tahun lagi. Pada masa kita rasa tabungan kita cukup, KOS pula telah meningkat !!!
KEDUA :) Harga Emas adalah terhindar dari sebarang MANIPULASI sepertimana yang berlaku semasa krisis matawang. Sebab pada pendapat saya, disebabkan stok yang terhad dan nilai sebenar emas yang tinggi.. HARGA TINGGI orang suka (sbb boleh jual dpt untung), bila ramai2 jual HARGA EMAS TURUN... ???? HARGA RENDAH pun orang suka jugak (sbb giliran orang lain pulak nak borong banyak2 lagi untuk masa depan). Dah tu macamana ? Kalu anda berkecimpungan dengan EMAS anda rasa rugi ke ?? "LU FIKIR LAH SENDIRI " sebab WA dah lama fikirkan nya.. Cuma pastikan kita jaga keselamatan emas kita dan rekod untuk bayar ZAKAT..
Untuk penjelasan lanjut serta tempahan hubungi saya ZAMRI 019-986 4491.
Sila layari http://www.kitco.com/charts/livegold untuk lebih banyak maklumat tentang harga emas.

Thursday, October 28, 2010

KELEBIHAN MEMBELI EMAS DARI PUBLIC GOLD


Hari ini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan emas di PublicGold sepertimana yang saya alami. Sepertimana post-post terdahulu, ianya merupakan perkongsian maklumat berdasarkan apa yang saya alami untuk memaklumkan pembaca sekalian kepentingan memiliki EMAS untuk masa hadapan. Yang pasti.. kalau tuan/puan tidak membuat sebarang tempahan pun.. saya sudah memiliki EMAS dan NILAInya tetap meningkat dari hari ke hari. Sebab itu lah Taukeh Kedai Emas tiada yang 'OUT OF BUSINESS' atau gulung tikar.

1. DIJUAL PADA HARGA PASARAN

Harga jualan emas di PG adalah mengikut pasaran dunia dan ianya berubah setiap 20 minit. Secara purata terdapat 72 Harga Emas di PG dalam sehari (60 min/20 min X24 jam/hari). Contoh>Permerhatian pada 27 Oct 2010 : Dlm sehari harga 20g Bar boleh naik setinggi RM3020++ dan turun serendah RM2988. Jika berminat, hubungi Zamri 019-986 4491 dan sebagai Dealer PG saya akan monitor dan cadangkan harga terbaik untuk anda.

2. JAMINAN BELIAN BALIK

Untuk setiap emas yang anda beli dari PG, anda boleh jual kembali dengan mudah. Sama ada terus kepada PG atau mana-mana dealer. Saya cadangkan agar anda hubungi saya, Zamri 019-986 4491 sekira berminat untuk menjual emas anda semula. Kami menerima emas PG walaupun kemek, tercalar, dibuka plastik, cuma perlu dipastikan berat emas sepertimana yang sepatutnya.

3. 'Spread" HARGA YANG KECIL

'Spread' adalah beza nilai antara Harga Belian anda ("We Sell" PG) dan Harga Jualan Balik Anda ("We Buy" PG) dan ianya adalah kecil di PG.Llebih kurang 6-7% berbanding dengan belian emas dari kedai emas yang mana 'spread' mencecah 25%. APAKAH KELEBIHAN SPREAD YG KECIL ??

Dengan 'Spread' yang kecil anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapat keuntungan. Pelanggan pertama saya membeli 20g Bar pada 20/7/2010 dengan harga RM 2,771 dan sekiranya beliau ingin menjual pada 29/7/2010 (7:40 am) ianya pada RM2,854. Dalam masa 3 bulan lebih pelaburan beliau sudah memberikan pulangan RM84 (sekiranya dijual). Namun perlu diingatkan pelaburan emas adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (3thn, 5 thn, 10 thn lagi wow !!)


4. BOLEH MONITOR /PILIH HARGA SENDIRI


Kelebihan ini yang paling saya suka. KENAPA?? Kerana dengan ketekunan, kesabaran, sedikit kebijaksanaan, kemudahan internet + DEALER (hubungi saya Zamri 019-9864491), anda boleh melihat turun naik harga emas 24 jam setiap hari. Sekiranya berhajat untuk membeli emas, saya sarankan anda monitor harga emas untuk tempoh 2-3 hari bagi mendapatkan gambaran pergerakan harga dan dari situ anda boleh membuat keputusan 'range' harga yang anda kehendaki. Sepertimana yang saya nyatakan dalam (1) dengan kebijaksanaan anda, anda boleh membeli pada harga yang terendah untuk hari tersebut.

Saya berpendapat, perubahan harga tidak meletakkan pelaburan anda dalam risiko yang tinggi, kerana pada harga yang mana pun, anda memperolehi nilaian (Berat/kejituan) emas yang sama. cuma untung lah kalu dapat beli pada harga yang lebih rendah..

Seperkara lagi, dalam perniagaan emas ni.. kita jangan terlalu tamak. Maksud saya, apabila harga tersebut bersesuaian dengan bajet anda 'lock' saja kerana sekiranya anda menunggu untuk harganya turun lagi takut nanti ianya terus melonjak naik. "Nak jimat RM2, takut nanti anda rugi RM5".. Berminat SMS/Telefon Zamri 019-986 4491.

Tuesday, October 26, 2010

EMAS PELABURAN TERHEBAT

Untuk semua jenis pelaburan, ilmu pengetahuan adalah elemen yang penting untuk kita membuat keputusan bagi memilih pelaburan mana yang terbaik Seorang jutawan boleh jadi papa kedana andaikata silap membuat pelaburan dan begitulah sebaliknya.

Bagi kebanyakan orang sepertimana saya, pelaburan AMANAH menjadi pilihan kerana berisiko rendah dan kita tidak perlu memberikan tumpuan untuk urusniaga seperti saham di Bursa ataupun Forex. Namun, dengan inflasi, kenaikan harga barangan, pulangan Unit Amanah semakin merosot dari semasa ke semasa. Pelaburan RM10,000 saya pada tahun pertama sememangnya kekal RM10,000 (ditambah dengan pulangan) pada 10 tahun akan datang, tapi persoalannya pada tahun 2020 nanti apa lah sangat yang boleh saya dapatkan dengan RM10,000???

Saya turut menabung untuk anak2 dalam Unit AMANAH, tapi adakah jumlah yang saya peruntukan itu dapat membantu mereka di masa hadapan ? Dimana serta bagaimana kita dan anak-anak kita 10 - 20 tahun nanti perlu ditentukan sekarang, bukannya 10-20 tahun lagi.

Lalu dengan sedikit kepakaran yang dikurniakan oleh Allah swt, isteri saya telah membuat pengiraan untuk pembandingan dan saya kongsikan di sini untuk renungan.



Kelebihan Emas sebagai Pelaburan:

1. Boleh digadai sekiranya memerlukan duit dan kenaikan nilai kekal. Bagi Unit Amanah apabila duit dikeluarkan kenaikan nilai akan berubah kerana tempoh masa berkurangan.

2. Kenaikan harga walaupun sekadar anggaran adalah lebih tinggi berbanding dengan pelaburan yang lain
3. Tiada risiko susut nilai kerana emas sentiasa naik harga cuma perlu menjaga keselamatan dari kecurian
4. Nilaian emas adalah mengikut pasaran dunia berbanding dengan simpanan wang yang turut bergantung kepada kestabilan ekonomi, politik serta sosial sesebuah negara. Jutawan minyak pun bila negara dia berperang duit dia tu sudah tidak ada nilai. Sama juga apabila sesebuah negara dilanda bencana alam yang menggugat kestabilan ekonomi. Keamanan, kestabilan sesebuah negara tidak dapat diramal . Matawang buatan Manusia tiada yang kekal. Namun EMAS dan PERAK sudah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. EMAS kekal bergantung pada BERAT dan KEJITUAN/KEPADATAN nya tidak kira di negara mana kita berada pada langkau masa mana sekalipun. Selagi Hari Belum Kiamat.

Sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu kerana ILMU adalah sesuatu yang sekiranya dikongsi ianya tidak habis malahan lagi bertambah. Mulakan dengan 1 DINAR (RM620++) untuk setiap 1 anak serta ahli keluarga. Segera hubungi Zamri di 019-986 4491 untuk tempahan serta maklumat lanjut.

Sunday, October 24, 2010

NIAGA EMAS, MILIKI EMAS, JAMINAN MASA DEPAN


Semakin ramai menyedari kelebihan memiliki emas sebagai pelaburan. Ianya dapat dinilai melalui pertambahan agen-agen baru Public Gold, pembukaan cawangan-cawangan baru di seluruh Malaysia. Sebut pasal Agen, saya kongsikan sedikit cerita kelebihan menjadi Agen Public Gold seperti mana yang kami alami:

1. Pembelian EMAS dengan pengurangan sebanyak 1.5%

- Sebagai Agen kita akan menerima komisen sebanyak 1.5% bagi setiap jualan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita membeli untuk diri sendiri maka nilaian RM sebenar yang kita bayar hanya lah 98.5%. Pengurangan ini akan dapat dilihat dengan jelas sekiranya pembelian melibatkan jumlah yang besar. Contohnya : 100g >> RM14,870 - (1.5% x RM14,870) = RM14,870 -RM223.05.

Ini adalah tujuan utama saya menjadi Agen kerana saya ingin memiliki emas untuk simpanan. Lagipun, untuk menjadi agen PG kita cuma perlu membeli EMAS mengikut nilai keahlian. Tawaran sehingga 31Oct 2010 adalah RM20,000. Sekiranya ada jumlah tersebut, buat pilihan sama anda ingin miliki DINAR (1,5 atau 10 Dinar) atau BAR (20g, 50g, 100g,Ikg) atau hubungi saya Zamri 019-986 4491 untuk pengiraan atau cadangan mengenai pilihan.

- Yang jelas membeli stok barangan emas tidak sepertimana kita membeli stok untuk jadi agen jualan langsung atau seumpamanya. Jadi agen jualan langsung, kita kena jual perabih barang/stok kita tu barulah kita dapat balik pulangan + keuntungan kita. Jadi Agen Public Gold ni, kalau kita tak jual pun kita boleh untung sebabnya.. apabila harga emas naik kita boleh jual pada harga WE SELL, kalu bukan AGEN kita jual pada AGEN/PG semula mereka ambil harga WE BUY.


2. Jual pada harga "WE SELL" beli pada harga ' WE BUY"

- Kalau kita agen, kita sentiasa jual pada harga 'WE SELL' sama ada yang orang baru order (komisen 1.5%) atau stok yang kita ada. Dulu saya beli BAR 20g RM2,701 (Julai 2010), kalau ada order dari New Customer saya boleh jual pada RM3002 (24 Oct 2010) (+ RM301). Kalau tidak menjadi agen kita jual balik pada harga 'WE BUY' RM2,822 (24 Oct 2010) kepada Agen/PG (+RM121) . Tetap tidak rugi cuma untung lebih besar sekiranya menjadi agen. Keuntungan ini akan lebih kita rasai di masa-masa akan datang apabila harga 'WE SELL' akan meningkat naik.

-Di samping itu kalau kita jadi Agen, kita boleh buat belian balik dari individu2 /customers terdahulu kita pada harga 'WE BUY' (lagi rendah dari belian terus dari PG) kemudian kita jual balik pada New Customer pada harga 'WE SELL'.

3. Berurusniaga Secara Terus dengan Cawangan Public Gold

- Dengan menjadi agen, anda boleh 'lock' harga semasa 24 jam serta berurusan secara terus dengan cawangan PG tanpa ragu-ragu.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya Zamri 019-986 4491 untuk bantuan, penerangan yang lebih lanjut. Di samping itu, dengan menjadi dealer bersama-sama saya, anda akan dikemaskini dengan maklumat terbaru serta di berikan tunjuk ajar yang sepatutnya dari semasa ke semasa.

Kelebihan berniaga EMAS ni, kalau kita pinjam duit dari saudara mara, rakan taulan, sahabat handai pembayaran balik tidak akan menjadi masalah. Setelah menjadi AGEN untuk dapatkan balik RM20,000 tu anda boleh GADAI atau JUAL EMAS anda tu kepada yang berminat. Melalui pengalaman saya yang baru saja berkecimpung dalam jual beli emas ni.. TAK SUSAH nak jual EMAS.. sebab EMAS tetap EMAS, kekal bernilai, sumber yg terhad, diminati ramai dari zaman Firaun hingga lah ke zaman Cyber ni..

SEGERALAH dapatkan RM20,000 sebelum Oktober berakhir (kebiasaan RM40,000+) serta hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491.

Tuesday, October 12, 2010

BARANGAN KEMAS TANPA KOS UPAH


Tumpuan terhadap emas bar dan dinar sebagai pelaburan tidak mengenepikan minat terutamanya kaum Hawa terhadap barangan kemas. Kaum wanita terutamanya di Kelantan tidak dapat dipisahkan dengan barangan kemas, bak kata orang Kelantan ' bia lah ado sorat duo.. buat ubat (biar lah ada se urat dua untuk dijadikan perhiasan menambahkan seri....)

Kalau kita biasa dengan gelang bermagnet, gelang kristal yang memberikan kesan perubatan terhadap pemakainya, saya percaya barangan emas yang dipakai pun akan memberikan kesan tertentu. Kita pernah dengar tentang susuk emaskan.. katanya untuk kecantikan TAPI JANGAN CUBA.. Ada juga Safi Rania GOLD.. untuk cantik jugakkan ?? Jadinya Emas begitu serasi dengan kecantikan.


Menyedari keperluan wanita untuk kelihatan cantik, Public Gold juga menawarkan barangan kemas. Antaranya rantai leher, rantai tangan, bracelet, loket (pendant). Boleh layari http://www.publicjewellery.com.my/ untuk pilihan rekaan terkini.


Kelebihan barangan kemas di Public Gold berbanding kedai emas adalah PENGECUALIAN UPAH. Ini bermakna jurang susut nilai nya jika jual balik tidak banyak sepertimana kita membeli emas di kedai-kedai emas. Manakala membeli barangan kemas di Public Gold membenarkan mendapatkan tawaran harga terbaik kerana harga juga ditawarkan mengikut kadar semasa (HARGA SEMASA & TEMPAHAN SECARA ONLINE). Sila hubungi saya, ZAMRY 019-986 4491 sekiranya berminat.

Barangan kemas boleh dijadikan Hadiah Hari Lahir, Hadiah UlangTahun Perkahwinan, Hadiah Hari Ibu, Hadiah Untuk Kelahiran Baby Girl Baru atau Hadiah Untuk Mana-mana Hari pun boleh.. Ahad, Isnin, Selasa,.................

Monday, October 11, 2010

KEHADIRAN MU MEMBAWA 'CAHAYA'

Kedatangan mu ku tunggu penuh setia

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun berganti tahun

Saban hari hadirmu hanya dalam lena ku..

Setiaku hanya pada mu....



Walaupun kau tidak pernah menjanjikan kunjungan

Harapan ku padamu sentiasa menggunung

Kali in ku harapkan kau tidak menghampakan

Kali ini aku begitu mengharapkan kedatangan mu

Ku harapkan kesetiaan ku mengundang kebahagiaan



Kedatanganmu pasti tidakkan ku persiakan

Akan ku meteraikan kedatangan mu dengan 'GOLD BAR'

Kalu pun tidak sekurang-kurang '2DINAR' ku persembahkan



Bonus...oh..bonus

Wa tunggu lu hari Jumaat 15 Oktober 2010 ni..

Cepat-cepat sikit nanti tak sempat nak 'lock' masa rendah ni..

Datang jangan tak datang ya...




Kalau ada rezeki dapat bonus jangan lupa hubungi saya , Zamry 019-9864491 untuk menambahkan KEKAYAAN ANDA...

Tuesday, October 5, 2010

CEPAT-CEPAT! HARGA EMAS TIDAK MENUNGGU KITA

Alhamdullillah.. dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, hari ini saya cuba luangkan sedikit masa untuk mengucapkan TAHNIAH kepada 4 sahabat saya kerana telahpun mengambil langkah bijak untuk memiliki 2 Dinar Emas (1 Dinar x 2) setiap seorang. Kekayaan, kejayaan serta apa jua yang anda inginkan di masa hadapan keputusan dan perancangannya perlu dibuat sekarang!! TAHNIAH dan TERIMA KASIH juga ditujukan kepada sahabat baru saya kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya dan telah pun menjadi dealer HARI INI.


PERCAYA LAH....

Emas merupakan tawaran terhebat masa kini.. Kenapa? Tak percaya ke? Syarikat gergasi yang berpusat di luar negara, Nestle melalui produk nya Nescafe telah menawarkan GOLD MUG sebagai hadiah utama untuk peraduan terkini nya yang bermula pada 1 Oktober.
So macam mana ? Tak ada duit nak beli Dinar Emas PublicGold atau Public Gold Bar boleh beli Nescafe tu.. mana tahu ada rezeki.. tapi takut nanti nilaian beli Nescafe tu hitung-hitung dah cukup utk beli 1 DINAR EMAS..yang pasti milik anda. Hubungi saya Zamri 019-9864491.


Manakala Bank Negara Malaysia pula bersempena Ulangtahun Ke 50 penamaan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan telah melancarkan Syiling Emas dan Perak sebagai kenang-kenangan.

Jadinya sahabat2 sekalian jangan tunggu lagi... pinjam duit emak/ayah, suami/isteri, duit raya anak, gadai, withdraw dari Bank A +Bank B + Bank C dan HUBUNGI SAYA, Zamri 019-9864491 untuk tempahan sebelum terlambat..
Saya mula-mula beli 20g PGold Bar 19 May 2010 harga RM2,749 hari ni (5 Okt 2010 /6:16PM) RM 2,998.
4 BULAN++ = +RM 249.. Jadi nilai ASET/PELABURAN saya telah meningkat sebanyak RM249..
1 Dinar Emas beli pada 5 July 2010 harga RM583
hari ni (5 Okt 2010/6:40PM) RM619. Genap 3 bulan = + RM ...malas sudah saya nak kira... Sahabat semua tak perlu ambil kalkulator tapi ambil buku-buku bank yang ada dan tenung-tenungkan lah.. macam mana duit di bank tu 'berkerja' untuk anda ATAU telah 'mengerjakan' anda..
"Bukan Marah...NASIHAAT'...

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR