Wednesday, November 24, 2010

RANCANG PELABURAN : BELI EMAS SIMPAN EMAS


37 hari sahaja lagi 2010 bakal meninggalkan kita dan 2011 akan tiba tidak lama lagi. Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya miliki emas pelaburan pertama saya. December merupakan bulan terakhir untuk kita buat perkiraan pencapaian 2010 dan merancang perjalanan 2011.

PeNCaPaiaN 2010

PERTAMA >> Bagi saya, alhamdullillah 2010 mencatatkan beberapa pencapaian serta peningkatan yang membanggakan. Pencapaian yang paling menyeronokkan adalah bila saya berjaya mengawal pengaliran tunai dengan lebih baik. Ada orang kata tunai ni macam AIR yang Mengalir... Duit Masuk.. mesti ada time kita Belanjakan.. tapi kalau tak ada duit.. kita boleh meneruskan kesinambungan hidup sepertimana biasa boleh makan pakai seadanya pun sudah memadai. Macam mana saya disiplinkan diri ?? BELI EMAS dan SIMPAN EMAS.. Nak belanjakan tidak semudah keluarkan duit di ATM, yang paling bestnya bila kita ada EMAS, berharta lah tu tapi kita tak merasakan yang kita banyak duit, jadinya keinginan untuk berbelanja tu kurang.

KEDUA >> 2010 jugalah saya menjadi DEALER PublicGold bermodalkan RM20K semasa tawaran sepertimana sekarang. Masa tu tiada niat nak berurusniaga pun, rancang untuk beli sendiri dengan harga rendah sedikit sebab dapat 1.5% komisen. Tup..tup.. ada yang berminat nak beli.. sebab JUAL EMAS tidak lah sesukar digambarkan kerana EMAS tetap EMAS, tidak dapat dilabelkan EMAS syarikat A lebih baik dari Syarikat B, yang dipromosikan hanyalah rekaan, perkhidmatan tapi EMAS itu telah ada nilai sendiri. Contohnya Gula, dah tentu manis..kalu masin jadinya garam..harga pun tetap, orang beli gula semua nak yang maniskan.. syarikat tak penting.

Sekiranya berminat nak Beli Emas, kumpul2 duit, share dengan suami/isteri, adik/beradik, dapat RM20K BELI EMAS dan Terus Daftar jadi DEALER. Lepas ni kalau tak mahu berurusniaga pun tak apa, kalu ada urusniaga lagi bagus dapat lah komisen 1.5%. Hubungi saya Zamri 019-986 4491 SEGERA kerana tawaran RM20K akan tamat penghujung tahun ini.
KETIGA >> Berapa simpanan emas semasa saya? :-) Mmm belum mencapai target 1KG lagi. Bak kata pepatah dulu dulu " Sikit sikit lama lama jadi bukit " .
Pepatah sekarang " Gram, gram dulu lama lama jadi KILO " . . Insyallah..

Wednesday, November 10, 2010

BELI EMAS SEKARANG ! HARGA BAKAL NAIK SECARA MENDADAK

Saya rasa tidak perlu lagi saya jelaskan tentang kebaikan membeli emas dan menyimpan dalam bentuk pelaburan emas. Majoriti akan mengiakan kenaikan harga emas dan tidak ada yang mengeluh rugi membeli emas.

Saya tergerak hati untuk terus menggesa rakan taulan/ sahabat handai untuk menyegerakan pembelian emas setelah terpandang news banner di Bulletin 1.30 hari ini (10 Nov 2010). "Habib Jewels menganggarkan harga emas akan naik kepada USD2,000 dalam tempoh masa dua tahun". Bayangkan lah sekiranya anda membeli sekarang pada harga emas dunia berharga USD1,400++. Tak perlu rasanya saya membuat pengiraan terperinci kerana :

1. Walaupun anda akan membeli dalam RM, sudah semestinya kenaikkan dlm USD turut merujuk kepada kenaikan harga dalam RM.

2. Peningkatan USD pun sebanyak ++USD 600, RM sudah semestinya lebih banyak lagikan???

Melalui post terdahulu, saya telah nyatakan harga EMAS ini ada hubungkait dengan INFLASI. Berkemungkinan 2 tahun lagi kadar inflasi akan turut meningkat. RM10 mungkin mempunyai nilaian sebenar RM1 je. Minggu lepas saya ke bank untuk keluarkan wang, pihak bank dah mula bagi wang kertas RM100. Sekarang RM100 lebih banyak digunakan dan mungkin nilaian sebenarnya bakal setara dengan RM50 sekarang.

Barangan apa yang kita perlukan tak pernah naik-naik harga nya????

Jadi sekiranya anda berminat/berhajat untuk beli emas hubungi saya, ZAMRI 019-986 4491. Anda perlukan RM serendah RM650++ untuk miliki 1 DINAR. Kalau tidak mencukupi tapi masih berminat sila hubungi saya untuk cadangan dan nasihat. Tidak boleh tunggu untuk duit anda mencukupi kerana apabila duit anda cukup harga emas mungkin telah naik.

Thursday, November 4, 2010

3 SEBAB UTAMA BELI DAN MILIKI EMAS

Emas adalah matawang universal. Diterima dan disahlaku di mana-mana destinasi di dunia. Emas dihasilkan dengan tujuan utama untuk manusia menambah simpanan dalam bentuk harta benda. Berlainan dengan hasil galian yang lain seperti minyak dan arang batu yang dihasilkan untuk penggunaan, makin dicari ianya makin lama akan makin kehabisan. Sebaliknya, bagi emas makin manusia mencarigali emas, maka makin ramai manusia akan memilikinya sebagai simbol kekayaan.

Berbeza juga dengan komoditi yang lain, EMAS sukar untuk BINASA, TERCEMAR mahupun BERKARAT, jauh sekali SUSUT dari segi kualitinya. Emas yang dilombong beratus-ratus tahun dahulu tiada bezanya daripada emas yang baru dilombong. Begitu juga emas yang di lombong di Malaysia tidak dibezakan dengan emas dari negara-negara yang lain. Yang menjadi faktor penilaian kualiti adalah kejituan emas dan beratnya.


Blanchard Economic Research Unit menyenaraikan 6 sebab UTAMA untuk kita MILIKI EMAS. Antaranya:

PERTAMA : Gold - hedge against inflation


Faktor yang paling konsisten yang mempengaruhi Harga Emas adalah Inflasi. Peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan peningkatan secara langsung HARGA EMAS. Oleh itu sekiranya kita beli dan menyimpan kekayaan kita dalam bentuk EMAS kita akan dilindungi (hedge) serta terhindar dari kesan inflasi yang semakin meningkat.


Walaupun tidak dapat dilihat secara langsung namun kenaikan harga emas dapat dijangka dari kenaikan harga minyak. Ini mungkin adalah kerana minyak juga merupakan komoditi yang diperlukan seluruh dunia. Pada tahun 1972 dan 1974 harga minyak meningkat sebanyak 325% (dari $2.44 kpd $10.36). Pada masa yang sama harga emas turut meningkat sebanyak 268%. Pada tahun 1978 dan 1980 apabila harga minyak meningkat sebanyak 105%, harga emas secara puratanya turut meningkat sebanyak 254%.



KEDUA : Gold - hedge against a declining Dollar

Emas diniagakan di pasaran dunia dengan US Dollar begitu juga dengan komoditi2 lain yang diniagakan dengan tukaran US Dollar. Sewajarnya, kemerosotan nilai DOLLAR akan menyebabkan kenaikan harga EMAS. US Dollar merupakan matawang untuk hampir kesemua urusniaga antarabangsa, matawang rezab dunia dan semua nilaian komoditi dan ekuiti dinilai menggunakan US Dollar.


Namun semenjak pengeluaran US Dollar tidak lagi disandarkan dengan nilai emas, matawang ini tidak lain tidak bukan hanyalah KERTAS SEMATA-MATA. Krisis ekonomi US akan menjejaskan matawang negara dominan ini. Miliki emas dapat membendung kita dari mengalami kejatuhan matawang di masa hadapan. Lagipun kalu US Dollar dah tak laku, kita nak pergi oversea nak bawa mata wang apa? Bawa emas le... Mana boleh bawa TANAH atau HARTANAH untuk buat pertukaran.. Beli sekarang lah sebab US Dollar makin lemah dan harga emas bakal meningkat lebih tinggi. Hubungi ZAMRI 019-9864491


KETIGA :Gold as a Safe Haven


Disebalik US sebagai satu kuasa besar dunia, pelbagai krisis wujud di seluruh dunia. Peperangan, kemiskinan dan yang terkini pelbagai bencana alam yang melanda tanpa sebarang amaran mahupun jangkaan. Emas dikenali sebagai 'Crisis commodity' kerana pelaburan emas akan meningkat melepasi pelaburan-pelaburan lain dalam menghadapi situasi krisis.


Kegawatan ekonomi sepertimana dialami Malaysia menyebabkan institusi-institusi kewangan tidak dapat bertahan. Berapa banyak bank yang wujud 2o tahun dahulu masih kekal gah sekarang? Bank yang gagal berfungsi dengan baik, MELABURKAN wang simpanan anda untuk keuntungan mereka akan MELEBURKAN masa depan anda. Apabila ini berlaku kita akan berada pada satu tahap di mana BANK dan EKONOMI akan gagal menstabilkan ekonomi dunia. Berkemungkinan ada negara yang mencetak wang kertas mereka dengan berleluasa.


Sebelum ianya berlaku, di mana kemungkinan ianya berlaku TIDAK MUSTAHIL, individu mula bertukar kepada simpanan emas yang terjamin selamat. Dan sudah semestinya sebagai UMAT ISLAM sewajarnya kita menyimpan emas bagi mengelakkan masa depan UMAT NABI MUHAMMAD s.a.w terus dikuasai dan dikawal orang-orang yang tidak sepatutnya. Wasalam.
Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan2 berminat tapi kewangan tidak mengizinkan sila hubung saya untuk khidmat nasihat dan cadangan. ZAMRI 019-986 4491.

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR