Monday, January 24, 2011

KeNaPa aNDa TaKuT BeLi EMAS ?

Salam KeEMASan penuh keceriaan..CERIA kerana harga EMAS mulai naik setelah harga rendah pada hujung minggu. Sepertimana saya maklumkan pada post terdahulu, pabila harga rendah pada hujung minggu ianya merupakan masa yang amat tepat untuk BELI EMAS dan bila mana harga mulai naik kita akan merasa keceriaan kerana kita telah membuat pembelian yang tepat.
Namun dalam memperkatakan kelebihan EMAS, masih ramai yang takut-takut, risau dan pelbagai lagi perasaan yang mengganggu menyebabkan LAMBAT BERTINDAK dan terlepas peluang mendapatkan EMAS sementara harga masih rendah.. Emmm... apa yang sebenarnya yang anda RISAU kan ? (Sila nyatakan COMMENT anda agar dapat kita bincangkan).
Mungkin :
1. Boleh Untung Ke? - Yang anda perlu jelas >>(1) Pelaburan EMAS adalah untuk jangka masa yang panjang (2) Ianya Alternatif kepada Simpanan Tunai. Cuba anda analisa harga EMAS sama ada 6 bln,1, 3, 5 atau 10 tahun, sentiasa ada kenaikkan, BETUL tak??
2. Tipu kot ? Mungkin Skim Cepat Kaya? - (1) Sudah tentu bukan skim cepat kaya sebab anda BELI EMAS kena tunggu untuk suatu jangkamasa (bertahun2) baru kaya. (2) Macam mana nak tipu, di EMASMACHANG1 anda akan bayar keseluruhan harga hanya bila saya bagi EMAS. Hanya sedikit deposit diperlukan masa buat oder, ye lah kalau tidak anda pulak mungkin tipu saya.. Isk..isk..
3.Selamat ke ? Macam mana nak simpan ? - (1) Boleh dptkan perkhidmatan 'safe deposit box' dr bank2 yg menawarkan (byr sewa tahunan mengikut saiz box). (2) Tumpang simpan di ArRahnu (byr upah simpan utk tempoh 6 bln, perlu tebus balik dlm masa 6 bln/12 bln). Disarankan agar duit yg anda dapat dari gadaian tidak digunakan, simpan dlm bank / beli Sijil Simpanan Premium barulah RISIKO tidak dapat menebus kecil.
Emm... apa lagi yang anda GUSAR kan ? Susah untuk saya fikirkan kerana saya EMAS BUYER/SELLER... cuba sapa yang takut2 / gusar ni comment sikit.. mungkin saya boleh bantu. Kalau dah YAKIN.. apa lagi..hubungi saya, ZAMRY 019-986 4491 untuk tempahan SEGERA sementara harga masih rendah dari minggu lepas. Terima kasih.

Sunday, January 16, 2011

JUAL BELI EMAS SENTIASA RANCAK DI EMAS MACHANG

Salam penuh kemesraan buat semua....
Hujung minggu kali ini buat saya tersenyum kegirangan setelah beberapa minggu menanti peluang. Biasalah.. pada setiap Sabtu dan Ahad tiada urusniaga EMAS di seluruh dunia, jadinya harga EMAS di Public Gold turut tidak berganjak untuk tempoh tersebut. Yang sangat menggembirakan adalah kali ini harga EMAS STATIK pada harga yang AGAK RENDAH.

1 Dinar pada RM637 dan Bar 20g RM3,084. Murah ni.. sebab untuk minggu yang sebelumnya sukar untuk 1 Dinar turun di bawah RM640.. paling tinggi yang saya sempat monitor minggu lepas 1 Dinar pernah mencecah RM652. Jadinya kepada sesiapa berminat, masih belum terlambat buat tempahan. Hubungi saya, Zamry 019-986 4491 sebelum dunia kembali berurusniaga, awal pagi Isnin nanti.
Walaupun Emas tidak diniagakan dipasaran dunia pada Sabtu dan Ahad, namun agen Public Gold sentiasa bersedia berurusan 24 jam, 7 hari seminggu.Untuk tindakan segera dari saya, tuan/puan yang berminat boleh SMS saya terus, Zamry 019-986 4491 ,nyatakan NAMA, LOKASI dan MINAT sama ada ingin 1. Mengetahui info EMAS, 2. Untuk Tempah 3. Tahu Harga dan sebagainya, sila nyatakan. Dengan maklumat ini mudah untuk saya berikan maklumbalas serta bantu tuan/puan untuk membuat pembelian yang terbaik.
Bertindak segera kerana HARGA EMAS tidak menanti kita. Untuk meningkatkan keyakinan sekiranya masih ragu2 sila SMS saya sepertimana di atas untuk keterangan lanjut.
Wassalam

Friday, January 7, 2011

PELABURAN APA ? TURUN OK, NAIK LAGIII OK!!

Anda tahu apa jawapan pada persoalan tersebut?
Mana-mana pelaburan pun kalau HARGA NAIK> PULANGAN TINGGI semua orang suka. Beli Saham, mula beli RM3 sesaham, sekarang RM10 Woww... Beli ternakan, dari seekor, jadi dua, jadi tiga dan seterusnya.. jual Woww.. pasti untung...Bei hartanah pun begitu juga kan... bila harga naik, pulangan pasti lumayan.

TAPI... kalau prestasi syarikat merosot harga saham merundum.. SUKA ke ?? Kita tambah ke saham kita?? Kalau ternakan kita berpenyakit... orang tak nak beli.. macam mana ?? HARTANAH dijual murah dari harga pasaran.. kita mesti nak siasat kenapa kan??? Kawasan naik air ke.. kawasan 'Highland' yang asyik kena tanah runtuh tu murah sekarang.. adakah kita pakat g beli ramai-ramai??
(Sememangnya semuanya ketentuan Yang Maha Esa, namun kita dikurniakan akal fikiran untuk menilai.)

Tapi pelaburan yang satu ni berbeza...
Masa graph nya begini.. menurun, saya tak tidur malam dibuatnya.. bukan risau macam kalau kita ada SAHAM tapi 'EXCITED', TERUJA, cepat2 buat kira2 berapa gram boleh saya borong.. fuh... siap kami kena buat shif berjaga malam untuk borong pada harga PALING RENDAH..
Biar bergadai asal kan dapat. Tak dapat banyak sedikit pun jadi.

KENAPA berbeza benar dari pelaburan yang lain ? Kerana target kita adalah JANGKAMASA PANJANG.
Insyaallah,PELABURAN EMAS dalam apa jua bentuk pasti menguntungkan.. kerana harganya pasti naik... ianya terbukti secara santifik berdasarkan graf2, kalau tanya nenek moyang kita pun mereka PASTI SETUJU.

Janji, PELABURAN EMAS kita ini :

1. Datang dari REZEKI YANG HALAL
2. Dikeluarkan ZAKAT apabila cukup haul dan sukatan
3. Dipastikan KETULENAN nya (EMAS PG ada SIJIL KETULENAN)
4. Dijaga keselamatan daripada HILANG/KECURIAN (safe deposit dibank dsb). Kalau TERBAKAR atau BANJIR, PELABURAN EMAS masih selamat.

5. D- Doa U-Usaha I-Ikhtiar T - Tawakal
Insyaallah, rezeki itu ketentuan Allah swt, janji kita Usaha, Kalau tak simpan/beli EMAS macam mana nak seronok bila harga NAIK. Hubungi saya ZAMRY 019-986 4491 untuk tempahan /keterangan lanjut.

Wednesday, January 5, 2011

AZAM 2011 : TAMBAH KOLEKSI EMAS KITA

Assalamualaikum wbt.. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 semoga tahun ini membawa lebih kebaikan berbanding tahun2 yang sebelumnya. Alhamdullillah.. saya memulakan Tahun 2011 dengan baik apabila saya telah di upgrade kepada Master Dealer hasil usaha saya pada 2010.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak rakan2 dan taulan, sahabar handai, saudara mara untuk menetapkan pembelian emas sebagai salah satu daripada azam 2011. Tak dapat banyak, 2-3 Dinar pun dah cukup.

KENAPA ANDA PERLU MILIKI EMAS ?

Bukan kerana saya telah menjadi Master Dealer, tetapi kerana impak inflasi sudah mula terasa. Kedengaran stok minyak masak kurang, itu petanda harga hendak naik sepertimana kekurangan gula dulu. Dengar khabar RON97 naik lagi.. tak banyak 10 sen je tapi rasanya petrol ni kerap benar naik. Setiap bulan ke?
Ayam? Sayuran? Di Kelantan ni kuih pun dah 3 atau 4 untuk RM1. Cuba anda amati, rasanya apabila air banjir mulai surut, harga barangan akan mulai naik. Tunggu dan lihat pada musim perayaan ini.
Anda perlu miliki serta laburkan simpanan anda dalam bentuk emas kerana apabila harga barangan meningkat, harga emas akan turut meningkat. Segera miliki emas : PUBLIC GOLD BAR (20g, 50g, 100g), PUBLIC DINAR (1Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar) hubungi saya, Zamri di 019-986 4491 untuk tempahan/penjelasan.

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR