Sunday, February 20, 2011

KATA-KATA EMAS DARI PENGASAS PUBLIC GOLD


Pada 18 Februari yang lalu, saya serta Master Dealer Kelantan dan juga Terengganu diberi kesempatan untuk bersua muka dengan Pengasas Public Gold Mr Louis Ng dalam satu majlis makan malam. Peluang KEEMASAN ini kami manfaatkan sepenuhnya untuk bertukar-tukar pendapat berkongsi pengalaman. Di sini saya ingin berkongsi petikan kata2 Mr Louis Ng dalam Majalah Management keluaran Jan-Mar 2011.

" Apakah perbezaan antara sekeping EMAS yang dijual pada tahun 1970an dengan sekeping EMAS dengan berat serta ketulenan yang sama yang dijual hari ini? Fakta menyatakan bahawa EMAS mengalami peningkatan harga pada anggaran 40 kali dalam tempoh 35 tahun.

Satu contoh lain, sebungkus Nasi Lemak pada tahun 1970an hanya dijual pada harga 5 sen sebungkus, tetapi pada masa sekarang (2010), sebungkus nasi lemak secara purata berharga RM2 sebungkus. Tanpa kita sedari, Nasi Lemak juga mengalami peningkatan harga pada anggaran 40 kali? Adakah terdapat peningkatan kualiti antara Nasi Lemak berharga 5 sen pada 1970an dengan Nasi Lemak RM2 sekarang?

Merujuk kepada kedua-dua contoh di atas, adakah EMAS mengalami kenaikan harga ATAUPUN sebenarnya kuasa membeli wang kertas semakin merosot???"

Melalui kenyataan yang diberikan, saya berpendapat keperluan untuk kita MILIKI EMAS sebenarnya adalah kerana kemerosotan kuasa membeli wang kertas yang kita simpan. Nilaian yang boleh dibelikan dengan wang kertas semakin menyusut dari semasa ke masa dan kita lebih melihatnya sebagai kenaikan harga. Tanpa kita sedari matawang yang kita simpan semakin menysut NILAInya. Sekiranya kita menyimpan kekayaan kita dalam bentuk EMAS, ia akan mengalami kenaikan harga sepertimana komoditi yang lain.

Tahukah anda Switzerland adalah negara terakhir yang mempunyai sandaran emas untuk 40% dari matawang yang dikeluarkan sehinggalah pada tahun 1999 apabila negara tersebut menyertai IMF. Ini bermakna, matawang kertas yang digunakan hari ini tidak lagi disandarkan pada nilaian EMAS dan pengunaan wang kertas hanyalah bersandarkan nilaian yang dicetak pada kertas tersebut. Di Zimbabwe, dengan 100 billion matawang Zimbabwe kita hanya boleh membeli 3 biji telur !!

Apa tunggu lagi !!! Hubungi saya ZAMRY 019-986 4491 dan miliki EMAS dengan segera sebelum terlambat. RM50 sekarang ni pun dah terasa macam RM10 dahulu dah.. ATM pun dah mula keluarkan RM100.

Wednesday, February 16, 2011

LINDUNGI DIRI ANDA DARI INFLASI: BELI LAH EMAS

Salam penuh keceriaan.. makan nasi lauk apa hari ni? Telur goreng ke?

Hari ini mari kita pakat2 betulkan pemikiran kita. Beli dan miliki EMAS bukan hanya untuk orang KAYA.. tetapi untuk mengelakkan anda daripada terus menjadi tidak berkemampuan anda perlu BELI dan MILIKI EMAS. Dengan hanya bermodalkan RM600++ anda sudah boleh miliki 1 DINAR EMAS Public Gold... nanti 2-3 bulan lagi, anda tambah pelaburan anda ini.

Apabila anda memiliki pelaburan/simpanan EMAS, ianya melindungi simpanan kekayaan anda dari kesan INFLASI. Jika anda menyimpan dalam bentuk MATAWANG kuasa membeli wang tersebut akan semakin mengecil. Tidakkah anda terkesan oleh IMPAK inflasi sekarang ini? Kumpulan lauk pauk yang mampu kita makan semakin mengecil, dulu makan udang/sotong/siakap contohnya bolehlah seminggu sekali.. sekarang macam dah jadi sebulan sekali. Ikan sardin pun dah jadi makanan orang kaya, ayam goreng/gulai pun kena buat catuan sesama ahli keluarga, stok telur mesti ada... paling jimat cermat makan nasi goreng je lah.. letak telur. Tapi kita suami isteri kijo tu siang malam, gaji alhamdullillah.. lebih lah dari 5 -10 tahun dulu.. tapi kenapa kualiti kehidupan kita semacam merosot.

Adik2 yang bekerja di bandar2 besar gaji 3-4 ribu untuk 1 family tapi kualiti hidup macam mana? Adakah simpanan di bank kita meningkat dengan pertambahan gaji? Kenapa ianya menjadi begini? Kenaikkan harga barangan menyebabkan kita semakin tidak berkemampuan dan untuk kekalkan gaya hidup mahupun cuma untuk 'survive' kita perlu bekerja kuat.


Kenapa kita tidak beli dan miliki EMAS? Sebahagian dari simpanan/gaji kita tu kita simpan dalam bentuk EMAS.. Kenaikan harga EMAS adalah sejajar dengan kenaikan harga barangan yang lain. Pemilikan pelaburan EMAS mungkin dapat memberikan ketenangan fikiran dan mengurangkan keserabutan jiwa untuk anda, kerana ianya benar untuk saya!
Bertindaklah segera, hubungi saya ZAMRY 019-986 4491 untuk pertanyaan/tempahan.

Jangan biarkan titikpeluh anda sia-sia, tukarlah keringat dan penat lelah anda kepada EMAS. Insyaallah.

Monday, February 7, 2011

PERGOLAKAN POLITIK DI MESIR: Apakah impaknya kepada Harga EMAS?

Salam penuh keceriaan buat semua... Hari ini Public Gold telah memulakan perniagaan sepertimana biasa. Anda boleh hubungi saya, ZAMRY 019-9864491 untuk tempahan/pertanyaan kerana hari ni kita dah boleh lock harga seperti biasa setelah bercuti selama seminggu.

Sedang enak kita bercuti, dunia dikejutkan dengan pergolakan politik di Mesir. Kalau negara2 miskin diduga dengan malapetaka dan bencana alam, negara2 kaya lain pulak dugaannya. Sepertimana dinyatakan terdahulu secara teorinya, apabila pelabur2 sudah tidak menaruh kepercayaan kepada matawang sesebuah negara, bimbang akan impak inflasi, mereka akan bertukar kepada pelaburan yang lebih selamat iaitu EMAS. Mungkin pergolakan politik di Mesir sudah diramal dan ianya antara faktor yang diambilkira apabila unjuran kenaikan harga emas dibuat. Mungkin..

Apabila berlaku peperangan, malapetaka seumpama itu hartanah seperti rumah, bangunan, kedai, perniagaan statik, tanah sudah tidak bernilai lagi. Kalau tempat tinggal sudah tidak selamat tak mungkin kita sanggup tunggu lagi disitu. EMAS adalah merupakan aset yang dapat mengekalkan kekayaan individu. Apabila sesuatu tempat itu sudah tidak selamat, emas boleh kita bawa pindah bersama ke mana saja. Dan emas juga boleh diterima pakai dimana2 negara di dunia ini.

Apakah impak pergolakan Mesir terhadap harga EMAS? Emm.. Pada pemikiran saya secara logik, orang2 Arab ni kaya raya, ada byk duit tapi kalau politik dan ekonomi mereka bergolak (Macam Iraq) matawang mereka menjadi lemah. Jadi kalau mereka kekal simpan duit mungkin merugikan... kalau nak beli rumah kat negara mana (belum smpat nak decide lagi, tgh bergolak ni), Adakah mereka tidak mahu membeli EMAS ? Kalau YA, anda sendiri tahu jawapan apakah impaknya pada harga sesuatu barangan apabila permintaan meningkat.
Bertindaklah segera, miliki EMAS BAR atau DINAR Public Gold dengan segera sementara harga masih rendah, naik harga naik boleh kita jual. Hubungi saya, ZAMRY 019-986 4491 untuk maklumat lanjut/tempahan.

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.


Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

1. 20 gram = RM10

2. 50 gram = RM20

3. 100 gram = RM30

4. 1 Kilogram = RM300

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-986 4491


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR